Monday, September 26, 2011

Perletakan Jawatan dan Pembubaran Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Kelab

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Alhamdulillah semalam usai sudah Program terakhir sepanjang saya berkhidmat sebagai presiden Kelab UMNO Luar Negara New York-New Jersey iaitu 1 Malaysia Language Fest 2011 yang berlangsung di Kedutaan Besar Malaysia Washington DC.

Sehubungan dengan itu, saya juga mengumumkan perletakan jawatan saya sebagai presiden. Maka dengan itu, seluruh jawatan kuasa yang selama ini setia bersama saya juga dibubarkan. Jawatankuasa baru yang diketuai oleh presiden yang baru dilantik semasa hari-hari terakhir perkhidmatan mantan Majlis Jawatan Kuasa Tertinggi iaitu Muhammad Afiq Hassan akan menerajui kepimpinan kelab.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mantan Timbalan Presiden Nur Aqlili Riana Alias dari RIT yang sentiasa sabar dan bersikap professional selama masa perkhidmatan. Terima kasih kepada Naib Presiden I Norkhairin Yusof (RIT), Naib Presiden II Muhammad Zaid Nabil (Stevens), Naib Presiden III Ahmad Azizi Jamaludin (SUNY BUffalo) dan Naib Presiden IV Asnida Hani (Rutgers) yang selama ini tekun dan kritikal memberi idea dan sokongan. Terima kasih kepada Setiausaha Mimi Naterah Sharbani (RIT) dan Naib Setiausaha Muhammad Amir Mohd Azmi (Stevens) yang tidak leka menjalankan tanggungjawap. Terima kasih dan tahniah kepada Bendahari Mohd Shahrizal Mohd Yusoff (RIT) yang sabar dan setia hingga ke akhir perkhidmatan. Jutaan terima kasih juga kepada Ketua Informasi Nadzreeq Nor Majid (RIT) yang sentiasa bersikap professional, bertanggungjawap serta rajin dan tekun menjalankan tugas dan amanah yang dipikul bersama-sama Pembantu Ketua Informasi Nor Rabi'ah Mohd Nawawi (Stevens) yang professional dan cekap menguruskan permasalahan kelab.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada seluruh Jawatan Kuasa Tertinggi Kelab UMNO Luar Negara New York-New Jersey cawangan Stevens Institute of Technology, Jawatan Kuasa Tertinggi Kelab UMNO Luar Negara New York-New Jersey cawangan Rochester Institute of Technology, Jawatan Kuasa Tertinggi Kelab UMNO Luar Negara New York-New Jersey cawangan SUNY Buffalo, Jawatan Kuasa Tertinggi Kelab UMNO Luar Negara New York-New Jersey cawangan Rutgers University atas sokongan dan perlaksanaan tanggungjawap anda yang diamanahkan selama ini.

Jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua Pengarah Projek dan Ahli Jawatan Kuasa Perlaksana bagi semua projek-projek yang dijalankan bawah teraju Kelab UMNO Luar Negara New York New Jersey seperti Ini Sejarah Kita (Ilham Syatirah Mohd Azmi), Kedai Kopi (Muhammad Amir Mohd Azmi untuk Stevens, Norkhairin Yusuf untuk RIT), Alif Ba Ta 2011 (Nur Aqlili Riana dari RIT), Summercamp 2011/Majlis Berbuka Puasa anak-anak yatim (Muhammad Ehsan Ismadi dari Stevens) dan 1 Malaysia Language Fest 2011 (Muhammad Ali Halim dari Cansius College). Juga tahniah dan terima kasih kepada semua Pengarah Projek dan Ahli Jawatan Kuasa Perlaksana bagi projek-projek yang tidak tersenarai. Juga jutaan terima kasih kepada semua penaja-penaja bagi setiap projek kami.

Tidak dilupakan kepada seluruh warga Kelab UMNO New York New Jersey yang senantiasa menyokong dan memberi kritikan membina. Tanpa anda semua, siapalah kami.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perjuangan Kelab UMNO Luar Negara New York New Jersey untuk memerdekakan minda anak bangsa! Harapan kami supaya perjuagan ini diteruskan dengan berlandaskan syara'. Semoga usaha dan perjuangan kami selama ini dan akan datang diberkati dan dirahmat Allah S.W.T.

Saya, bagi pihak diri saya dan ahli kelab, dengan ini juga memohon ampun dan maaf atas kekhilafan kami selama ini dalam menerajui kepimpinan. Sesungguhnya kami ini hanyalah insan yang tidak berdaya dan punya banyak kelemahan. Halalkan mana yang terlebih dan mana yang terkurang; akan tetapi jika ada yang mahu menuntut kerugian, silakan terus menghubungi saya. Bukan niat kami ingin menyakiti hati sesiapa, akan tetapi tertinggi suara dan pedas selaran kami kerana memang sikap manusia itu yang selalu tergesa-gesa seperti yang diungkapkan dalam Surah Al-Isra' 17:11. Hakikatnya semua datang dari Allah S.W.T, yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu melalui kelemahan kami.

Minda Merdeka Jiwa Muda

Muhammad Redzuan Khairun
MANTAN PRESIDEN KULN NY-NJ..

1 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih kpd semua yg terlibat dlm menyelami masalah umat dan bangsa.

Biar di mana pun, teruskan menghulur manfaat! :)

Post a Comment