Sunday, September 18, 2011

Manifesto: Mohamad Nazrul Abd Mutalib

MOHAMAD NAZRUL FAZLI BIN ABDUL MUTALIB
Rochester Institute of Technology

VISI

Dalam melahirkan generasi modal insan,para mahasiswa harus bangun sebagai insan yang berdaya saing agar mampu berdiri dengan masyarakat global.

Misi

1)Melatih mahasiswa luar negara untuk menjadi pemimpin bertaqwa dan berintelektual tinggi dengan mengadakan program kepimpinan di NY dan NJ

2)Mewujudkan nilai tambah dalam diri pelajar seperti amanah, bertanggungjawab, dan cekal dengan mengadakan program summer training camp

Perubahan dalam kelab

Saya mendapati pelajar-pelajar di kawasan NY dan NJ berpotensi besar untuk mengembeleng tenaga bagi membangunkan sebuah negara yang mapan dan maju standing negara kuasa-kuasa besar dengan mengikut landasan syara’. Berpaksikan KULN ini, saya berhasrat untuk meneruskan program-program seperti High Performing debate, Alif Ba Ta seterusnya mengadakan program-program wacana ilmiah seperti forum antara university di sekitar East Region. Melalui penglibatan pelajar dalam program-program sebegini, tidak mustahil bahawa negara maju yang mengikut piawaian al quran dan as sunnah dapat dibentuk.

Kekuatan Kelab

KULN ini mempunyai kekuatan tersendiri seperti kita dapat lihat melalui program penganjuran alif ba ta dan sembang kedai kopi. Selain itu, KULN berjaya mengumpulkan pelajar di bawah satu kesatuan yang saya kira sukar dilakukan andai tiada usaha bersepadu daripada semua pihak.

Kelemahan kelab

Kelemahan yang paling ketara dapat dilihat apabila pelajar-pelajar Malaysia khususnya pelajar Melayu mengadakan program yang berbentuk skop kemelayuan yang sempit. Selaku pelajar yang merupakan investment kepada negara, skop yang lebih luas seperti isu ekonomi global, lanskap politik dunia serta agenda kebajikan serta kemasyarakatan yang lebih luas skopnya berbanding agenda melayu sahaja harus diketengahkan. Jika saya dilantik menjadi presiden, skop perbincangan dalam penganjuran program akan diperluaskan selaras hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi modal insan.

0 comments:

Post a Comment