Sunday, September 4, 2011

SummerCamp 2011

*Kelab UMNO Luar Negara New York/New Jersey mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri*


Tahniah dan syabas diucapkan kepada team anak-anak muda Summercamp 2011 - di ketuai pengarah projek Muhammad Ehsan Ismadi dan dibantu dua penolong pengarah projek iaitu Aqlili Riana Alias dan 'Amir Azmi - yang telah berjaya menyumbang bakti kepada masyarakat. Hal ini telah dilaporkan dalam buletin KULN di sini.

Terima kasih tidak terhingga kepada pihak-pihak yang turut serta membantu menjayakan projek dengan menghulurkan bantuan dari segi nasihat, idea, dan kewangan.

Biarpun objektif utama mereka iaitu mengadakan kem motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah tidak kesampaian, namun begitu, berkat kesabaran dan kegigihan usaha mereka, satu majlis berbuka puasa bersama anak yatim berjaya diadakan.Kami kesal dan terkilan dengan tindakan pihak sekolah yang menarik diri di saat akhir. Akan tetapi pihak sekolah menyedari akan kesilapan mereka dan telah pun menulis surat meminta maaf kepada pihak KULN New York/ New Jersey.

Pun begitu, kami akui banyak yang kami belajar dari pengalaman. Barangkali kegagalan mengadakan SummerCamp 2011 itu mempunyai suratan hikmah disebaliknya. Semoga Allah membalas jasa kalian.


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu walhal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
[Al-Quran; Al-Baqarah 2: 216]

Muhammad Redzuan Khairun





0 comments:

Post a Comment