Thursday, February 27, 2014

Keputusan Pilihanraya KULN NY-NJ 2014

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah, setelah mengalami satu proses pilihanraya yang sengit dan kesemua calon yang tidak nafikan semuanya boleh dikatakan "Outstanding Candidate", akhirnya kami ingin mengumumkan barisan kepimpinan baharu KULN New York - New Jersey Sesi 2014-2015:

Presiden: Shamil Norshidi

Naib Presiden: Farhana Mohamad Shafi
Sekian.

ABT '13: Kenangan Manis di Florida

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, pada tanggal 29 Disember - 31 Disember 2013 yang lalu, buat kesekian kalinya KULN New York - New Jersey dengan bantuan pihak Badan Perhubungan Negara UMNO Amerika Syarikat dan pihak Education Malaysia telah menganjurkan program tahunan kami, Alif Ba Ta (ABT). 

ABT kali ini telah bertempat di Orlando, Florida dan telah menyaksikan kedatangan pelajar bukan sahaja dari East Region, malah pelajar dari bahagian Midwest. Antara tetamu jemputan adalah Ustaz Fathul Bari Mat Jahya (penasihat shariah TEKUN Nasional), Dr. Posiah Mohd Isa (Pengarah Education Malaysia Washington D.C), Puan Azimah Aziz (Pengarah Education Malaysia Chicago), pegawai - pegawai Education Malaysia dan juga pegawai-pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Washington D.C.

Seramai 22 orang pelajar telah menyertai ABT tahun ini yang bertemakan rehlah ilmu. Pelajar-pelajar yang hadir adalah daripada:

Rutgers University, The State University of New Jersey
University at Buffalo, The State University of New York
Rochester Institute of Technology
Stevens Institute of Technology
Pennsylvania State University
Northern Illinois University 


Fokus ABT kali ini lebih kepada memberi pengisian rohani kepada para pelajar memandangkan tarikh ABT ini diadakan adalah tatkala kebanyakan pelajar sedang bercuti Winter Break. Sesi pengisian rehlah ilmu ini diterajui oleh Ustaz Fathul Bari sebagai speaker utama, dah Ustaz Hijaz Ramli, attache pendidikan daripada Education Malaysia Washington D.C.

Antara topik yang disentuh adalah fiqh luar negara yakni cara beribadat sewaktu bermusafir dan sebagainya, sesi pelajaran hadis, serta perihal isu kalimah Allah dan isu-isu agama di Malaysia. Bagi yang ingin mendengar ceramah-ceramah Ustaz Fathul Bari, sila subscribe laman YouTube Badan Perhubungan Negara Amerika Syarikat dan dapati 11 audio yang telah dimuatnaik di sana. 

Selain itu, program ini turut memberi nilai tambah lain kepada para pelajar dengan kehadiran attache Pertanian Washington D.C. yang menyampaikan sesi "Pertanian adalah Perniagaan". Sesi ini mendedahkan para pelajar akan peluang dan selok-belok untuk terlibat dalam bidang pertanian dan import-eksport hasil pertanian Malaysia dengan Amerika Syarikat. 

Kami juga berkesempatan menjelajah bandar Orlando bersama para pegawai dan tetamu kehormat pada waktu petang hari kedua program. Kembara pendek kami sebenarnya bertujuan untuk melawat sebuah masjid yang terletak di bandar Orlando.

Sesungguhnya program ABT kali ini sememangnya padat dengan ilmu yang tidak mungkin boleh diperolehi oleh para pelajar di kuliah harian mereka. Harapan para peserta adalah supaya program seperti ini dapat dianjurkan lagi di masa akan datang.

Wallahua'lam.

Ustaz Fathul sedang mengajar elemen-elemen hadis.


Dari kiri: Dr.Posiah, Afiq Hassan (Pengerusi, Badan Perhubungan Negara UMNO Amerika Syarikat), dan Ustaz Fathul Bari.


Para peserta, tetamu jemputan dan pihak penganjur mengabdikan kenangan bersama.


Reaksi Ustaz Fathul tatkala diminta untuk mendendangkan sebuah nasyid oleh Ustaz Hijaz.


Ustaz Fathul sedang memikirkan nasyid yang bakal didendangkan.


Disediakan oleh:

Farhana Mohamad Shafi
Naib Presiden 
KULN NY - NJ 2014/15

  

Saturday, February 22, 2014

Malaysian Economic Forum 2014


Bismillahirrahmanirrahim




Alhamdulillah, pada 8 Februari 2014 yang lepas telah berlangsungnya Malaysian Economic Forum. Forum ini bertempat di Permanent Mission of Malaysia to the United Nations, New York. Forum ini merupakan anjuran Rutgers Malaysian Students' Association (RUMySA) dengan kerjasama Kelab Umno Luar Negara New York - New Jersey, dengan sokongan oleh Education Malaysia Washington D.C.

Forum ini bertujuan untuk  melahirkan pelajar pelajar yang cakna akan isu ekonomi semasa di Malaysia, khususnya kewangan Islam dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik. Selain itu, forum ini juga bertindak sebagai medium bagi para pelajar untuk bertanyakan soalan dan berinteraksi dengan penceramah - penceramah yang pakar dalam bidang masing masing. Disamping itu, forum ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar yang melanjutkan pelajaran di university sekitar East Coast Region di USA.

Program ini telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat seperti Encik Syed Bakri Syed Mohamad (Consul General), Encik Raja Reza (Deputy Permanent Representative), Dr. Posiah Mohd Isa (Pengarah Education Malaysia Washington D.C), Puan Azimah Aziz (Pengarah Education Malaysia Chicago), pegawai - pegawai Education Malaysia dan juga pegawai - pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam Washington D.C.

Program ini telah dihadiri oleh 50 orang pelajar dari universiti - universiti yang berikut:

-Rutgers University
- Stevens Institute of Technology
- University at Buffalo, The State University of New York
- Ohio State University
- US Merchant Marine Academy
- Stony Brook University
- New York University
- Rochester Institute of Technology


Penceramah - penceramah yang dijemput hadir:



Encik Adam Malik Azlan (MAYBANK)
Encik Adam menyampaikan maklumat berkenaan isu ekonomi semasa dan kewangan Islam.


Mr. Loh Seck Tiong (Permanent Mission of Malaysia to New York)

Encik Hairil Yahri Yaakob (MITI)
Encik Hairil menyampaikan maklumat berkenaan Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik.


Encik Tengku Mohd Dzaraif (Permanent Mission)


Forum terbuka yang juga dihadiri oleh  Encik Lee Yong Ming (MIDA) dan juga Encik Shahrulmiza Zakaria (MATRADE)

Sepanjang forum berlangsung, pelajar – pelajar diberikan penjelasan berkenaan hal ehwal ekonomi dan juga sistem kewangan islam. Selain itu, para pelajar diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada para penceramah sewaktu sesi forum terbuka berlangsung. Para peserta forum juga telah berjaya untuk mendapatkan kefahaman yang mapan terhadap isu-isu ekonomi yang dibincangkan sepanjang forum berlangsung.

Berikut merupakan gambar- gambar sepanjang forum berlangsung:


Ucapan oleh Lina Jamaluddin selaku pengarah projek Malaysian Economic Forum.







Para pelajar mengabdikan kenangan bersama Encik Raja Reza, Dr. Posiah dan pegawai- pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam.


Dr. Posiah menyampaikan cenderamata kepada para penceramah sebagai tanda penghargaan:




Semoga semua peserta yang menghadiri majlis ini mendapat manfaat dan menggunakan ilmu yang diperolehi untuk memajukan Malaysia yang dicintai.


Sekian, Terima Kasih.

Lina Jamaluddin
Pengarah Projek Malaysian Economic Forum
Vice President Kelab Umno Luar Negara New York - New Jersey sesi 2012/2014






Entrepreneurship Fair 2013



Bismillahirrahmanirrahim



Tempat: Embassy of Malaysia, Washington D.C
Tarikh: Mac 30 2013 - Mac 31 2013
Penganjur: MEC. Dengan Kerjasama Kelab Umno Luar Negara New York - New Jersey

Kelab Umno New York - New Jersey telah berkerjasama dengan MEC club pada Mac 2013 untuk menganjurkan Entrepreneurship Fair. Entrepreneurship Fair ini telah dihadiri oleh pelajar - pelajar yang melanjutkan pelajaran di sekitar East Coast Region di USA.

"Pitch Competition" telah dianjurkan pada Mac 30, 2013, di mana para peserta membentangkan idea idea perniagaan yang mereka ada kepada para juri. Sebelum program berlangsung, para peserta dikehendaki untuk menghantar business plan mereka pada pihak penganjur. Pada hari pertanding dijalankan, para peserta diberi masa 3 minit untuk membentangkan business plan kepada para juri.

Beberapa penceramah yang mahir di dalam bidang masing masing telah dijemput untuk berkongsi pendapat dan pengalaman kepada para - pelajar.

Kelab Umno New York - New Jersey juga mengambil peluang untuk mempromosikan kelab ini dengan membuka information booth sepanjang program berlangsung. Para pelajar telah berpeluang untuk mendapatkan maklumat tentang kelab ini.

Majlis berlangsung selama dua hari dan pada Mac 31, aktiviti riadah telah dianjurkan oleh Kelab UMNO Luar Negara New York - New Jersey, bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara para pelajar dan para pegawai di Washington D.C.

Diharapkan aktiviti - aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan kerana ianya amat bermanfaat terhadap para pelajar.

Berikut merupakan gambar gambar sepanjang Entrepreneurship Fair berlangsung pada Mac 30, 2013:






























Berikut merupakan gambar gambar aktiviti sukaneka yang diadakan pada Mac 31, 2013:





Sekian, Wassalam.

Lina Jamaluddin
Vice President KULN New York - New Jersey Bagi sesi 2012/2014