Monday, October 3, 2011

Laporan 1Malaysia Language Fest 2011


1 Malaysia Language Fest 2011 Eastern Region, Washington DC

26 September 2011

Penganjuran julung-julung kali program 1 Malaysia Language Fest 2011 yang berlangsung di Kedutaan Malaysia, Washington DC telah dijalankan dengan jayanya bermula 23-25 Sept 2011. Program pelajar – pelajar wilayah timur ini menyediakan forum Bahasa Malaysia yang disertai oleh ahli-ahli panel Amerika yang boleh bertutur bahasa Malaysia. Terdapat dua ahli panel bukan melayu juga menyertai forum ini.

Selain itu, program ini turut juga menyediakan host family, yang bertujuan menyediakan program jalinan sillahturahim pelajar-pelajar bersama warga Kedutaan Malaysia.

Acara kemuncak yang dinantikan, High Performing Debate Bahasa Malaysia juga Berjaya mengetengahkan bakat baru dalam perdebatan.

Sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian, antaranya termasuklah Rochester Institute of Technology (RIT), Stevens Institute of Technology (Stevens), Uni at Buffalo, Temple Alternative Team, Maryland Alternative Team, Penn State University, New York Team dan Vanderbilt University, Nashville. Dalam pertandingan akhir, Rochester Institute of Technology (RIT) New York berjaya muncul juara, naib juara disandang oleh Stevens Institute of Technology, New Jersey. Tempat ketiga dikongsi bersama oleh Temple Alternative Team and Maryland Alternative Team. Saudara Mohd Khairul Ezany Ibrahim dari RIT telah muncul sebagai pembahas terbaik. Tajuk akhir debat ialah “ New Media mengancam gagasan 1 Malaysia.”

Pertandingan High Performing Debate telah dihakimi oleh Prof Madya Dr Posiah Mohd Isa, Pengarah Education Malaysia Department Washington DC, Prof Habibah Ashari, Tun Razak Chair Ohio University dan Dr Roslan Jamaluddin, Pengarah Education Malaysia Department, Chicago.

Program 1 Malaysia Language Fest ini juga diserikan lagi oleh Majlis Open House Aidilfitri di kediaman Pengarah Mara En Razak Aziz.

Majlis perasmian 1 Malaysia Language Fest telah dirasmikan oleh YB TYT Dato Seri’ Jamaluddin Jarjis, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Manakala, majlis penutupan disempurnakan oleh YB Dato Saifuddin Abdullah,

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Sesi dialog bersama pelajar juga disediakan kepada pelajar untuk bertukar buah fikiran bersama YB Dato Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Dialog selama 1 jam ini telah menyentuh tentang isu-isu belia pada masa kini dan akan datang.

Seramai 160 telah hadir termasuk pelajar-pelajar wilayah timur USA, warga Kedutaan Malaysia serta jemputan daripada agensi dan universiti yang berdekatan.

Menurut Pengarah Projek 1 Malaysia Language Fest 2011, Muhammad Ali Halim Sirat yang juga pelajar tahun akhir jurusan Master Sains Pendidikan Khas, Buffalo New York. “Program ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan dan sokongan yang berlipat ganda daripada Kedutaan Malaysia, Education Malaysia Washington DC, Chicago dan Los Angeles. Program ilmiah ini dijangka akan diteruskan pada tahun hadapan. Pengisian program yang lebih dinamik dan menarik akan dilaksanakan di masa – masa akan datang selaras dengan matlamat dan usaha memartabatkan Bahasa Malaysia di peringkat antarabangsa.

Diolah dan disediakan oleh:

1Malaysia Language Fest Committees



Mahasiswa Merdeka Menjana Transformasi

Muhammad Afiq Hassan

PRESIDEN KULN NY-NJ

0 comments:

Post a Comment