Tuesday, September 20, 2011

1 Malaysia Language Fest 2011



Assalamualaikum,

Seperti yang tertera di atas, Kelab UMNO Luar Negara New York - New Jersey, diketuai pengarah projek Muhammad Ali Halim pelajar Master jurusan pendidikan dari Cansius College Buffalo bersama pasukan gerak kerjanya, bakal mengadakan 1 Malaysia Language Fest 2011. Festival bahasa ini merangkumi High Performing Debate dan Forum Bahasa Malaysia. Format pertandingan adalah berasaskan debat ala parlimen. Sebanyak 8 pasukan pelajar Malaysia dari seluruh United States region bertanding untuk merebut gelaran juara. Pasukan-pasukan tersebut adalah:

1) Rochester Institute of Technology (RIT) A
2) RIT B
3) State University of New York at Buffalo
4)Pennsylvania University
5)Temple University
6)Maryland University
7)Nashville Vanderbilt
8)Stevens Institute of Technology

Juara bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai USD 400, cenderamata dan sijil penyertaan. Naib Juara akan memperoleh USD 300, cenderamata dan sijil penyertaan. Tempat ketiga pula akan mendapat USD 100, cenderamata serta sijil penyertaan.

Peserta-peserta akan diadili hakim-hakim yang professional terdiri daripada professor-professor university serta beberapa orang kenamaan.

Tajuk untuk pusingan saringan awal adalah "Kurangnya kesedaran dan kefahaman terhadap peranan kerajaan adalah faktor utama belia masa kini tidak sehaluan". Maka untuk pusingan separuh akhir, tajuk "Fuedalisme dan kronisme adalah wajar dalam pemerintahan". Bagi pusingan akhir, "New media mengancam pembentukan gagasan 1 Malaysia" menjadi tajuk perbahasan.

Turut bakal menghadiri 1 Malaysia Language Fest 2011 adalah Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan Dato' Seri Husni Hanzalah, Menteri Kewangan Kedua. Hadir sama adalah Dato' Seri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang kini Duta Malaysia ke Amerika Syarikat.

Pada akhir program, Kelab UMNO Luar Negara New York - New Jersey akan menulis satu resolusi yang terbit dari perbincangan dan perbahasan sepanjang program untuk di hantar kepada kerajaan Malaysia. Ini adalah satu usaha murni pelajar Malaysia khususnya para belia negara menyatakan rasa kasih dan cinta terhadap Malaysia yang dalam pada masa yang sama mengharapkan perubahan terhadap negara Malaysia.

Minda Merdeka, Jiwa Muda

Muhammad Redzuan Khairun
Yang Masih Setia Berkhidmat



0 comments:

Post a Comment