Sunday, September 18, 2011

Manifesto: Syed Alif Ikram Syed Mazlan


Syed Alif Ikram Syed Mazlan

Syed Alif Ikram bin Syed Mazlan
State University of New York at Buffalo

Visi: Mahasiswa Berkualiti Menjana Kecemerlangan Agama dan Negara

Misi:
Sedaya upaya membantu dalam usaha Kelab Umno Luar Negara membina mahasiswa yang cemerlang berdasarkan:

· nilai-nilai murni berlandaskan kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan dan berpaksikan lunas-lunas agama.

· perkembangan potensi diri ke tahap optimum agar mampu bersaing di peringkat global

· pemanfaatan sistem pendidikan yang berkualiti dan kebolehan mengaplikasikan segala kemahiran yang dipelajari dalam setiap keadaan.

· perkongsian ilmu dengan pelbagai pihak

Cadangan perubahan dalam Kelab:
Saya berhasrat untuk membawa mahasiswa-mahasiswa di bawah naungan KULN NY-NJ, terutamanya, untuk bergerak bersama saya dalam terus mengekalkan kedudukan kelab ini di Amerika Syarikat. Saya juga berhasrat untuk cuba mewujudkan identiti KULN yang lebih sebati di kalangan pelajar Malaysia di Amerika Syarikat dengan mengadakan program-program yang dapat menarik lebih ramai pelajar Malaysia untuk mengenali dan menyertai usaha KULN NY-NJ, Insya-Allah.

Track Record:
1) Committee of Muslim Students Association of SUNY at Buffalo (2010-2011)
2) Treasurer KULN Cawangan Buffalo (2010-2011)

how your mission vision go along with current ones/council's aim:

1) Meneruskan program-program yang bermanfaat kepada pelajar-pelajar seperti Alif Ba Ta dan High Performance Debate, di mana program-program seumpamanya mampu mencorakkan identiti pelajar Malaysia di Amerika Syarikat yang dianggap orang ramai: kreatif, berfikiran jauh, berdaya saing dan dinamik.

2) Apa sahaja misi dan visi kelab yang cuba/telah/akan dicapai oleh mantan Presiden akan cuba dilaksanakan, jika selari dengan kesesuaian objektif saya setelah menjadi Presiden Kelab.

Kekuatan kelab: Sebagai kelab yang berpaksikan UMNO sebagai penaung, sudah tentu salah satu kekuatan kelab ini adalah penyatuan pelajar-pelajar Malaysia, khususnya Melayu, di Amerika Syarikat. Saya lihat kelab ini berjaya mengumpul dan menyatukan pelajar-pelajar Melayu serta bangsa-bangsa lain sebagai satu identiti Malaysia yang kuat, selaras dengan ideal 1Malaysia.

Selain itu, KULN juga mampu menjadi medium penyampai hasrat kerajaan dan penegak nilai-nilai murni Islam kepada para pelajar melalui pelbagai program yang telah diadakan seperti Alif Ba Ta. Jadi, tidak mustahil untuk mengadakan lagi program-program yang seumpamanya atau jauh lebih baik di masa akan datang, dengan kelolaan KULN NY-NJ. Saya bercadang untuk mengadakan program-program yang bermatlamatkan membentuk para pelajar yang berfikiran jauh berdasarkan asas-asas Islami dan Rukun Negara.

Kelemahan Kelab: Walaubagaimanapun, satu-satunya kelemahan KULN Ny-NJ yang saya lihat paling ketara adalah promosi tentang kelab ini. Rata-rata pelajar yang belajar di sini kurang mengetahui tentang kewujudan, objektif dan matlamat tujuan kelab. Committee KULN yang ada telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan cemerlang, namun kelemahan ini mungkin belum cukup untuk dielakkan. InsyaAllah, jika saya dipertanggungjawab untuk memegang jawatan Presiden, saya akan berusaha sekuatnya untuk membantu jentera KULN dalam mempromosikan KULN NY-NJ kepada semua pelajar di dalam kawasan NY-NJ

0 comments:

Post a Comment