
Friday, February 12, 2010
KEPUTUSAN PEMILIHAN PRESIDEN KELAB UMNO SESI 2010/2011

Wednesday, February 10, 2010
Candidates for the Presidency Election!

- Menjana pemimpin masa hadapan yang versatile
- Meningkatkan kredibiliti dan keyakinan pelajar
c) Aktiviti Utama Sekiranya Dipilih:
- Penjelajahan ke National Park dan Monthly Gathering (ahli tertinggi Kelab)
- Melangkah bersama untuk mencerna kehebatan pemuda masa hadapan

- Membangunkan pemikiran dan sikap professionalism pelajar-pelajar luar Negara terhadap pembangunan negara Malaysia dari segala segi
- Mengasah dan membina peribadi sebagai pelajar-pelajar luar Negara yang mempunyai visi dan misi sendiri dalam menghadapi arus dunia yang serba mencabar.
- Memupuk pemikiran bersifat analisis dan kreatif dalam melihat sesuatu masalah yang berkaitan diri pelajar tidak kira dari segi sahsiah diri sendiri, komuniti pelajar Malaysia di luar Negara, mahupun masalah agama, bangsa dan tanah air kita di Malaysia.
- Membantu memahirkan diri bersikap lebih terbuka dan bertindak secara rasional dalam memahami sesuatu masalah dan krisis yang timbul dari kalangan pelajar luar Negara yang berkaitan dengan maslahah diri sendiri, agama, bangsa mahupun Negara Malaysia.
c) Aktiviti Utama Sekiranya Dipilih:
Program ilmiah seperti Alif Ba Ta wajar diteruskan kerana ilmu dan pedoman yang
disampaikan penting dalam memupuk pelajar supaya lebih arif dan peka terhadap isu-isu
sosial dan isu-isu Negara.
Program berbentuk perbincangan dalam komuniti pelajar-pelajar Malaysia agar mereka sentiasa mendapat isu-isu semasa supaya lebih peka dan bersedia.
- It’s not your choice to be bad; it’s not your thought to be wrong. It’s the ignorance.

Membentuk Ahli UMNO NY-NJ kearah ahli yang muttaqin, 'amilin dan 'alamiin seiring dengan pembentukan mu'minin kelas pertama. Apabila 3 pencapaian ini tercapai, maka sudah pasti ahli kelab UMNO NY-NJ sudah memahami dan tidak menyeleweng dari melaksanakan tugasan sebagai hamba tuhan dan rakyat Malaysia yang cemerlang. (kata ringkasnya ialah pengislahan dan pe-musleh-an)
b) Aktiviti Utama Sekiranya Dipilih:
- Memilih sekolah angkat bagi setiap lokaliti yang menjadi medan untuk berbakti dan mempraktikkan nilai-nilai kemasyarakatan ketika berada di Amerika Syarikat.
- Mengadakan Seminar Kerjaya
- Mengadakan Study Circle setiap minggu.
- Islah dan Musleh ( memperbaiki diri dan memperbaiki masyarakat
Wednesday, January 20, 2010
New Election Is Now Around The Corner!
Saturday, December 12, 2009
PEMBAYARAN SUBSIDI KEPADA PESERTA ALIF BA TA 2009
Wednesday, December 9, 2009
Pembubaran AJK Kelab UMNO NY-NJ Sesi 2009
Sunday, December 6, 2009
Keputusan PHOTO CONTEST 2009 Sempena Sambutan Ulang Tahun Malaysia

Friday, December 4, 2009
"Alif Ba Ta 2009" Kick-Off Time : Dec 4, 2009 (5.30 - 7.30 pm)
tajuk: ranjau sepanjang jalan
terbitan: alaf 21
Kisahnya berkisar sebuah keluarga petani: Lahuma si bapa, Jeha si ibu dan tujuh anak perempuan mereka; Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah, yang hidup pada pertengahan abad ke-20.
Menjadi keluarga anak tani bukannya mudah. Mereka mengusahakan sawah mereka dengan penat jerih. Hidup dan mati mereka semuanya bergantung pada hasil padi. Padi menjadi segala-galanya.Makanan. Wang. Semuanya datang daripada hasil padi. Walau untuk satu musim, padi tidak boleh terkurang.
Kedaifan keluarga petani ini bertambah teruk apabila Lahuma meninggal dunia akibat terpijak onak nibung. Sebelum itu, selalunya Lahuma mengerjakan sawah mereka dan dibantu oleh Jeha. Tetapi dengan ketiadaan Lahuma, Jeha bersama anak-anak perempuannya pula memikul beban mengerjakan sawah. Namun tenaga Lahuma tidak terganti walaupun dengan gabungan tenaga Jeha dan anak-anak perempuannya.
Mereka mempertahankan pokok-pokok padi mereka daripada banjir, serangan ketam dan burung-burung tiak. Pokok padi boleh mati jika ditenggelami air. Ketam-ketam mematahkan tangkai padi yang muda. Bila padi mula menguning, burung tiak pula datang menyerang, memakan padi.
Malangnnya Jeha tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya sendirian tanpa Lahuma. Banjir, serangan ketam-ketam dan burung-burung tiak menjadikan Jeha tidak keruan dan akhirnya Jeha menjadi gila; meninggalkan pula beban mengusahakan sawah kepada anak-anak dara Jeha.

