Wednesday, December 9, 2009

Pembubaran AJK Kelab UMNO NY-NJ Sesi 2009

Salam,

Alif Ba Ta 2009 merupakan aktiviti terakhir bagi Kelab UMNO Sesi 2009. Maka tiada apa-apa aktiviti yang bakal dikendalikan oleh AJK Kelab Sesi 2009 selepas daripada ini. Tarikh rasmi pembubaran akan dimaklumkan kemudian (insha Allah, tidak lama lagi)

Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa yang telah banyak membantu saya dalam mengendalikan Kelab selama setahun. Ribuan ampun juga dihulurkan andai kata segala keputusan yang dibuat tidak disenangi oleh sesetengah pihak.

Akhir kata, Yang Baik Datang Dari ALLAH SWT, Yang buruk itu juga datang dari-NYA tetapi atas kelemahan dan kedangkalan diri ini. Sekian

Mohamad Shahrir Tamrin

0 comments:

Post a Comment