Sunday, December 6, 2009

Keputusan PHOTO CONTEST 2009 Sempena Sambutan Ulang Tahun Malaysia


Sempena sambutan ulangtahun Hari Malaysia pada 16 September yang lalu, Kelab UMNO NY-NJ telah menganjurkan pertandingan fotografi Photo Contest 2009 yang bertemakan "Selamat Hari Malaysia." Pertandingan yang dianjurkan dari 16 September hingga 16 Oktober yang laul tersebut telah berjaya menarik sebanyak 26 penyertaan gambar.

Setiap gambar diadili oleh beberapa orang panel berdasarkan empat kriteria iaitu kreativiti, ketepatan dengan tema, teknikality dan mesej gamabr. Walaupun begitu, nama para panel terpaksa dirahsiakan atas sebab keselamatan peribadi.

Senarai hadiah yang ditawarkan seperti berikut:

Pertama: Wang tunai $80
Kedua: Wang tunai $60
Ketiga: Wang tunai $30
3 x Saguhati: $10


Maka, pemenangnya adalah seperti berikut:

Pertama: Muhammad Syahir bin Zainal (Stevens)
Kedua: Nur Adilah Rosli (RIT)
Ketiga: Syuhadatul Syamim Ebining Amir (Stevens)
Saguhati: Mohd Farhan Hasan (Stevens), Nur Nabihah Hashim (RIT), Muhammad Azhari Azmi (Stevens).

Keputusan adalah muktamad dan segala bantahan/rayuan/rasuah akan ditolak sama sekali.Tahniah kepada para pemenang. Pemenang akan dihubungi untuk urusan penerimaan hadiah. Dan tahniah juga kepada semua peserta kerana telah menunjukkan semangat cintakan tanah air.

Berikut adalah gambar-gambar para pemenang.Enjoyyyy!!!:


1) Tempat pertama: Muhammad Syahir Zainal
Mesej: "Sept 16, Malaysia Day".


2) Tempat kedua: Nur Adilah Rosli
Mesej:"We are showing the sign for ‘1Malaysia’ in American Sign Language. We don’t discriminate people against colors, religions, let alone physical characteristics. One nation undivided, 1Malaysia."


3) Tempat ketiga: Syuhadatul Syamim
Mesej: "Malaysia diibaratkan sebagai kanvas putih selepas menyambut kemerdekaan yang pertama. Variasi jenis corak diwarnakan mengikut pelbagai acuan, namun kanvasnya tetap sama."


4) Saguhati: Mohd Farhan Hasan
Mesej: "The photo showing one spirit to celebrate Hari Malaysia even though he is far from his beloved country and need to work all by himself. The picture depicts he is trying to hang the 'Jalur Gemilang' after written down 'Selamat Hari Malaysia' and set up the beautiful yellow light at the surrounding."
5) Saguhati: Nur Nabihah Hashim
Mesej: "We are 1!!"

6) Saguhati: Muhammad Azhari Azmi
Mesej: "Mercu tanda yang menyatukan 1 malaysia dan mendukung cita2 "1 Malaysia."


Sekian terima kasih.












1 comments:

Brad Pitt junior said...

Adakah panel memilih diri sendri untuk menang tempat pertama?

Post a Comment