Saturday, February 22, 2014

Malaysian Economic Forum 2014


Bismillahirrahmanirrahim




Alhamdulillah, pada 8 Februari 2014 yang lepas telah berlangsungnya Malaysian Economic Forum. Forum ini bertempat di Permanent Mission of Malaysia to the United Nations, New York. Forum ini merupakan anjuran Rutgers Malaysian Students' Association (RUMySA) dengan kerjasama Kelab Umno Luar Negara New York - New Jersey, dengan sokongan oleh Education Malaysia Washington D.C.

Forum ini bertujuan untuk  melahirkan pelajar pelajar yang cakna akan isu ekonomi semasa di Malaysia, khususnya kewangan Islam dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik. Selain itu, forum ini juga bertindak sebagai medium bagi para pelajar untuk bertanyakan soalan dan berinteraksi dengan penceramah - penceramah yang pakar dalam bidang masing masing. Disamping itu, forum ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar yang melanjutkan pelajaran di university sekitar East Coast Region di USA.

Program ini telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat seperti Encik Syed Bakri Syed Mohamad (Consul General), Encik Raja Reza (Deputy Permanent Representative), Dr. Posiah Mohd Isa (Pengarah Education Malaysia Washington D.C), Puan Azimah Aziz (Pengarah Education Malaysia Chicago), pegawai - pegawai Education Malaysia dan juga pegawai - pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam Washington D.C.

Program ini telah dihadiri oleh 50 orang pelajar dari universiti - universiti yang berikut:

-Rutgers University
- Stevens Institute of Technology
- University at Buffalo, The State University of New York
- Ohio State University
- US Merchant Marine Academy
- Stony Brook University
- New York University
- Rochester Institute of Technology


Penceramah - penceramah yang dijemput hadir:



Encik Adam Malik Azlan (MAYBANK)
Encik Adam menyampaikan maklumat berkenaan isu ekonomi semasa dan kewangan Islam.


Mr. Loh Seck Tiong (Permanent Mission of Malaysia to New York)

Encik Hairil Yahri Yaakob (MITI)
Encik Hairil menyampaikan maklumat berkenaan Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik.


Encik Tengku Mohd Dzaraif (Permanent Mission)


Forum terbuka yang juga dihadiri oleh  Encik Lee Yong Ming (MIDA) dan juga Encik Shahrulmiza Zakaria (MATRADE)

Sepanjang forum berlangsung, pelajar – pelajar diberikan penjelasan berkenaan hal ehwal ekonomi dan juga sistem kewangan islam. Selain itu, para pelajar diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada para penceramah sewaktu sesi forum terbuka berlangsung. Para peserta forum juga telah berjaya untuk mendapatkan kefahaman yang mapan terhadap isu-isu ekonomi yang dibincangkan sepanjang forum berlangsung.

Berikut merupakan gambar- gambar sepanjang forum berlangsung:


Ucapan oleh Lina Jamaluddin selaku pengarah projek Malaysian Economic Forum.







Para pelajar mengabdikan kenangan bersama Encik Raja Reza, Dr. Posiah dan pegawai- pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam.


Dr. Posiah menyampaikan cenderamata kepada para penceramah sebagai tanda penghargaan:




Semoga semua peserta yang menghadiri majlis ini mendapat manfaat dan menggunakan ilmu yang diperolehi untuk memajukan Malaysia yang dicintai.


Sekian, Terima Kasih.

Lina Jamaluddin
Pengarah Projek Malaysian Economic Forum
Vice President Kelab Umno Luar Negara New York - New Jersey sesi 2012/2014






0 comments:

Post a Comment