Wednesday, October 24, 2012

Manifesto : Farhana Mohamad Shafi



Farhana Mohamad Shafi
Aerospace Engineering at Suny Buffalo University



TRACK RECORDS

Head of Corporate Relations, ATUSA INTEC 2011/12
Head of Multimedia (UltraTech), ATUSA INTEC 2011/12
UB TV Volunteer Committee 2012/13

VISI

Mahasiswa Berkarakter Mulia Asas Kehebatan Agama, Bangsa dan Negara  

MISI

Meneraju diri dan rakan-rakan seperjuangan dalam membina jati diri yang kukuh serta peribadi yang berkesinambungan sebagai anak Malaysia
Membawa mahasiswa menjadi individu berfikiran global serta berdaya saing tinggi

     Kekuatan Kelab

Sebagai ahli baru KULN NY-NJ, saya amat kagum dengan kehebatan kelab ini dalam menyatukan rakyat Malaysia di East Region dalam program yang berkualiti waima kesibukan para mahasiswa dalam pelajaran dan sebagainya.

Kelemahan Kelab

Pada pandangan saya, kehebatan kelab ini dalam menyatukan para pelajar Malaysia di East Region walau bagaimanapun, kurang memuaskan. Kebanyakan pelajar baru di Amerika Syarikat kurang didedahkan dengan kewujudan dan aktiviti kelab ini. Sisi kelemahan ini mungkin telah diperbaiki sedaya mungkin oleh ahli jawatankuasa kelab namun pendekatan yang lebih agresif mungkin boleh dijana pada masa hadapan. Seandainya saya diundi sebagai Presiden kelab, insyaallah saya akan membawa kelab ini ke persada yang lebih tinggi dalam menyatukan semua mahasiswa East Region di bawah satu nama – anak Malaysia.

Cadangan Perubahan dalam Kelab

Dalam menghadapi cabaran masa kini, saya berhasrat untuk membawa rakan-rakan seperjuangan di Amerika Syarikat untuk membina jati diri yang mantap sebagai anak Malaysia. Saya berhasrat untuk mengadakan lebih banyak program berkualiti yang melibatkan seluruh warga KULN NY-NJ, di samping mengekalkan dan menambah nilai program-program sedia. Semoga hasrat murni saya dalam mengukuhkan hubungan antara pelajar Malaysia di sini, terutamanya di East Region, dapat dilaksanakan dalam suasana harmoni.


1 comments:

Anonymous said...

Utamakan matlamat Islam dahulu,baru bangsa dan sebagainya...

Post a Comment