Thursday, October 25, 2012

Manifesto : Muhammad Luqman Bin Hisamuddin

Muhammad Luqman Bin Hisamuddin
Aerospace Engineering, SUNY at Buffalo


VISI

Mengubah dan membina  paradigma pelajar-pelajar Malaysia di Amerika Syarikat melalui proses pemantapan akhlak dan pemikiran.

MISI

-       Melatih pelajar-pelajar luar negara agar menjadi pelajar serba boleh yang akan mendukung aspirasi negara untuk merealisasikan wawasan 2020.
-       Mendedahkan pelajar-pelajar luar negara dengan cabaran di luar negara dan menyediakan “survival kit” untuk mereka.
-       Memastikan pelajar-pelajar luar negara mendapat bimbingan agar dapat mengekalkan jati diri dan nilai-nilai murni melau proses pendidikan yg berperingkat-peringkat.

Perubahan Di Dalam Kelab

Sebagai seorang mahasiswa luar negara, saya tidak dapat menafikan bahawa KULN adalah sebuah kelab yang sudah berdiri kukuh  dan bergerak aktif dalam kalangan pelajar-pelajar luar negara. Namun, saya merasakan kelab ini perlu kepada penambahbaikan dari segi penyampaian maklmat dan kejelasan misi penubuhannya. Justeru itu, saya berharap agar ahli-ahli kelab ini dapat menonjokan diri di tempat masing-masing bukan sahaja dalam kalangan pelajar-pelajar Malayisa, bahkan pelajar-pelajar di Amerika Syarikat sendiri. Dengan itu, segala maklumat tentang KULN dapat diperjelaskan. Saya juga bercita-cita untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pelajar luar negara menggunakan medium KULN agar dapat memudahkan kita mencapai visi yang telah saya hasratkan.



Kekuatan Kelab

“Kelab Umno Luar Negara” atau “KULN”, adalah satu nama yang tidak asing lagi bagi pelajar-pelajar luar negara. Tidak dinafikan lagi bahawa KULN telah memainkan pranan yang besar dalam menyediakan aktiviti dan mengambl berat tentang kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara. Kekuatan KULN juga terletak pada nama KULN itu sendiri dimana apabila disebut saahaja perkataan “KULN” pelajar-pelajar sudah sedia maklum bahawa kelab ini didukung oleh tokoh-tokoh yang berwibawa dan mempunyai dana yang cukup untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk mencapai obektif penubuhannya.

Kelemahan Kelab

Sudah menjadi lumrah, sesuatu organisasi itu pasti mempunyai kelemahan yang tersendiri kerana setiap manusia mempunyai pemikiran yang terbatas. Walaupun bukan kesempurnaan yang dicari, namun proses penambahbaikan itu sangat perlu. Jadi, pada pandangan saya, antara kelemahan kelab ini adalah pada namanya. Walaupun nama KULN sudah tidak asing lagi bagi pelajar-pelajar luar negara, tetapi namanya sendiri menimbulkan satu tanggapan yang sedikit kurang senang bagi rakan-rakan yang bukan berbangsa Melayu yang mungkin menjadi punca wujudnya sedikit jurang antara kita. Selain itu, pelajar-pelajar Malaysia juga ramai yang tidak jelas akan objektif penubuhan KULN. Hal ini menunjukkan kelemahan dari segi penyampain maklumat dan mungkin kelemahan dari segi objektif KULN itu sendiri. Oleh itu, KULN perlulah membuat refleksi tentang objektif penubuhannya serta sejauh mana pencapaian KULN setakat ini. Dengan itu, usaha kita untuk menyusun strategi dan mengorak langkah bagi mencapai ojektif KULN akan menjadi lebih mudah dan berbaloi pada masa akan datang.





0 comments:

Post a Comment