Aerospace Engineering at Suny Buffalo University
TRACK RECORDS
Head
of Corporate Relations, ATUSA INTEC 2011/12
Head
of Multimedia (UltraTech), ATUSA INTEC 2011/12
UB
TV Volunteer Committee 2012/13
VISI
Mahasiswa
Berkarakter Mulia Asas Kehebatan Agama, Bangsa dan Negara
MISI
Meneraju
diri dan rakan-rakan seperjuangan dalam membina jati diri yang kukuh serta
peribadi yang berkesinambungan sebagai anak Malaysia
Membawa
mahasiswa menjadi individu berfikiran global serta berdaya saing tinggi
Kekuatan Kelab
Sebagai
ahli baru KULN NY-NJ, saya amat kagum dengan kehebatan kelab ini dalam
menyatukan rakyat Malaysia di East Region
dalam program yang berkualiti waima kesibukan para mahasiswa dalam pelajaran
dan sebagainya.
Kelemahan Kelab
Pada
pandangan saya, kehebatan kelab ini dalam menyatukan para pelajar Malaysia di East Region walau bagaimanapun, kurang
memuaskan. Kebanyakan pelajar baru di Amerika Syarikat kurang didedahkan dengan
kewujudan dan aktiviti kelab ini. Sisi kelemahan ini mungkin telah diperbaiki
sedaya mungkin oleh ahli jawatankuasa kelab namun pendekatan yang lebih agresif
mungkin boleh dijana pada masa hadapan. Seandainya saya diundi sebagai Presiden
kelab, insyaallah saya akan membawa kelab ini ke persada yang lebih tinggi
dalam menyatukan semua mahasiswa East
Region di bawah satu nama – anak Malaysia.
Cadangan Perubahan
dalam Kelab
Dalam
menghadapi cabaran masa kini, saya berhasrat untuk membawa rakan-rakan
seperjuangan di Amerika Syarikat untuk membina jati diri yang mantap sebagai
anak Malaysia. Saya berhasrat untuk mengadakan lebih banyak program berkualiti
yang melibatkan seluruh warga KULN NY-NJ, di samping mengekalkan dan menambah
nilai program-program sedia. Semoga hasrat murni saya dalam mengukuhkan
hubungan antara pelajar Malaysia di sini, terutamanya di East Region, dapat dilaksanakan dalam suasana harmoni.
1 comments:
Utamakan matlamat Islam dahulu,baru bangsa dan sebagainya...
Post a Comment