Thursday, October 25, 2012

Manifesto : Shahrul Fahmi



Sharul Fahmi
Civil Engineering RIT

TRACK RECORDS

Project Manager Co-op of Facilities Management Services at RIT 2012
Construction Team & Paddling Team of RIT Concrete Canoe Team 2012
Sports Committee of KULN RIT 2011-2012
Project Director of KULN RIT Sweat Day 2012
Project Director of KULN RIT Mengimbau Kenangan Silam Sukan Tradisional 2011
Sports Committee of ATUSA 2010

VISI

Melahirkan mahasiswa yang lebih berdaya saing melalui Kelab UMNO NY-NJ

MISI

Menerapkan budaya persaingan di antara pelajar Malaysia
Mencorak kempimpinan pelajar Malaysia supaya lebih berkeyakinan, berkaliber, berketerampilan dan bersifat terbuka di samping berpandangan jauh dan luas

Kekuatan kelab:

Saya akui walaupun baru sahaja beberapa tahun kelab ini ditubuhkan, ia telah menjadi satu kelab yang mampu menyatupadukan kebanyakan mahasiswa/mahasiswi sekitar NY-NJ menerusi aktiviti-aktiviti yang diadakan. Selain ditadbir oleh pemimpin-pemimpin yang berkaliber, komited dan berpandangan jauh, kelab ini mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak sama ada yang di Malaysia, apatah lagi yang di Amerika Syarikat.

Kelemahan kelab dan cadangan:

Melalui pemerhatian saya, masih ada yang kurang jelas dengan tujuan penubuhan kelab ini. Masih ada segelintir mahasiswa/mahasiswi yang menganggap kelab ini sebagai sebuah parti politik dan bukan sebagai sebuah kelab yang membantu menyatupadukan mereka, melalui aktiviti2 yg bermanfaat yg dianjurkan oleh kelab ini. Hal yang sedemikian menyebabkan ramai yang tidak mahu mengikuti kelab ini. Namun, apa yg saya perhatikan kelab ini berpotensi, malahan mampu untuk membentuk mahasiswa/mahasiswi menjadi pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi dari segala aspek, contohnya dari segi kepimpinan, kelunturan komunikasi, kemahiran dan pengalaman.

Sekiranya terpilih sebagai presiden kelab, saya akan mencuba sedaya upaya untuk menganjurkan beberapa aktiviti tambahan yg lebih bermanfaat buat para pelajar Malaysia di sini, di samping mengekalkan dan memperbaiki aktiviti-aktiviti yang sedia ada. Buat masa ini, saya memfokuskan untuk menganjurkan aktiviti yang lebih mencorak kepimpinan dan karier untuk para pelajar yang boleh dimanfaatkan pada masa hadapan.  Sebagai generasi muda, kitalah yang akan memegang tampuk pemerintahan, dan sebagai individu, tidak mustahil kita jua lah yang akan menjadi seseorang yang menjawat jawatan tinggi di dalam sesebuah institusi. Melihat ramai graduan-graduan dari Amerika Syarikat yang masih tidak bekerjaya juga membuatkan saya ingin membantu mahasiswa/mahasiswi yang masih ada untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara seperti itu. 

“A good dealer can never be a good leader; but a good leader can be a good dealer”




0 comments:

Post a Comment