Wednesday, October 24, 2012

Manifesto : Ahmad Khidir Bin Othman


Ahmad Khidir Bin Othman
Economics at RPI


VISI

Membawa kelab UMNO NY-NJ ke arah yang lebih inovatif dan berdaya saing di setara dengan watak kelab sebagai model Malaysia di luar negara.

MISI
  •  Mencorak watak kelab sebagai wajah Malaysia.
  •         Membentuk peribadi mahasiswa Malaysia di kawasan NY-NJ supaya berperibadi tinggi, berinovatif dan berkarisma sesuai dengan peranan mahasiswa sebagai duta tidak langsung Malaysia.
  •   Menjana pemikir hebat dari kalangan pelajar Malaysia dan berusaha membentuk semangat patriotisma.

Cadangan Perubahan dalam Kelab

Saya berpendapat bahawa kelab ini mampu bergerak dengan lebih agresif dan berdaya saing dengan bantuan mahasiswa di kawasan NY-NJ kerana mereka mempunyai bakat dan buah fikiran yang bernas. Oleh yang demikian, saya ingin mengorek bakat-bakat tersebut dan mengasah bakat itu agar dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk manfaat kelab.


 Kelemahan Kelab

Setakat yang saya perhatikan, saya kurang jelas dengan kelemahan kelab atau dengan kata lain kelab ini tidak mempunyai kelemahan yang ketara. Akan tetapi, masih ada terdapat ruang-ruang yang masih kelab ini perbaiki agar dapat menjadi kelab yang berdaya saing seperti:

1.    Melakukan kerja-kerja memperkenalkan kelab di universiti-universiti kawasan NY-NJ.
2.    Memperbanyakkan aktiviti kelab yang boleh disertai mahasiswa kawasan NY-NJ.

Kekuatan Kelab

Kelebihan kelab ini antaranya ialah mempunyai asas yang kukuh yang mampu menyokong wawasan kelab yang berpandangan jauh dan berdaya saing. Kelab ini juga mempunyai ramai penaung yang berkaliber yang berkemampuan untuk memberi tunjuk ajar kepada pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa kelab agar mampu mencapai matlamat kelab.



1 comments:

Anonymous said...

Utamakan matlamat Islam, baru kaum.

Post a Comment