Ahmad Khidir Bin Othman
Economics at RPI
VISI
Membawa kelab UMNO NY-NJ ke arah yang
lebih inovatif dan berdaya saing di setara dengan watak kelab sebagai model
Malaysia di luar negara.
MISI
- Mencorak watak kelab sebagai wajah Malaysia.
- Membentuk peribadi mahasiswa Malaysia di kawasan NY-NJ supaya berperibadi tinggi, berinovatif dan berkarisma sesuai dengan peranan mahasiswa sebagai duta tidak langsung Malaysia.
- Menjana pemikir hebat dari kalangan pelajar Malaysia dan berusaha membentuk semangat patriotisma.
Cadangan Perubahan dalam Kelab
Saya
berpendapat bahawa kelab ini mampu bergerak dengan lebih agresif dan berdaya
saing dengan bantuan mahasiswa di kawasan NY-NJ kerana mereka mempunyai bakat
dan buah fikiran yang bernas. Oleh yang demikian, saya ingin mengorek
bakat-bakat tersebut dan mengasah bakat itu agar dapat digunakan dengan sebaik
mungkin untuk manfaat kelab.
Kelemahan Kelab
Setakat yang saya perhatikan, saya
kurang jelas dengan kelemahan kelab atau dengan kata lain kelab ini tidak
mempunyai kelemahan yang ketara. Akan tetapi, masih ada terdapat ruang-ruang
yang masih kelab ini perbaiki agar dapat menjadi kelab yang berdaya saing
seperti:
1.
Melakukan
kerja-kerja memperkenalkan kelab di universiti-universiti kawasan NY-NJ.
2.
Memperbanyakkan
aktiviti kelab yang boleh disertai mahasiswa kawasan NY-NJ.
Kekuatan
Kelab
Kelebihan kelab ini antaranya ialah
mempunyai asas yang kukuh yang mampu menyokong wawasan kelab yang berpandangan
jauh dan berdaya saing. Kelab ini juga mempunyai ramai penaung yang berkaliber
yang berkemampuan untuk memberi tunjuk ajar kepada pengerusi dan ahli-ahli
jawatankuasa kelab agar mampu mencapai matlamat kelab.
1 comments:
Utamakan matlamat Islam, baru kaum.
Post a Comment