Saturday, October 8, 2011

Sesi Dialog bersama Dato Saifuddin Abdullah




Pada September 28th 2011, Dato Saifuddin Abdullah iaitu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah melawat Stevens Institute of Technology untuk menghadiri satu dialog bersama pelajar-pelajar Malaysia di New Jersey khususnya di Stevens Institute of Technology. Dato Saifuddin tiba di Stevens pada pukul 6:00 petang dan diraikan di Administration Building of Stevens iaitu Howe Center. Setelah itu, Dato Saifuddin bersama isteri serta Pegawai Khas Politik, Encik Nazri Bin Noh diiringi oleh Encik Rahim Masum(MSD Washington DC) meninjau perpustakaan Stevens kemudian terus ke dewan dialog.

Ketibaan Dato Saifuddin di dewan dialog disambut oleh Mrs Edwina Fleming, Director of Graduate Admission and Advisor for Malaysian Students at Stevens dengan penuh meriah. Sesi dialog dimulakan dengan ucapan daripada Mrs Edwina Fleming sebagai terima kasih di atas kunjungan Dato Saifuddin ke Stevens.

Diantara soalan-soalan yang ditanyakan ketika sesi dialog:

Syazwan Isa : Apakah pandangan Dato jika kita lihat pada hari ini sekolah-sekolah di Malaysia hanya bertindak sebagai sekolah pendidikan semata-mata dan bukannya sekolah manusia( dalam membentuk nilai jati diri manusia )?

Nashrul Shafiq : Dato, saya lihat sekolah di Kelantan masyarakat Cina dan Melayu bersatu dalam satu sekolah kerana sekolah tersebut menggunakan bahasa kelantan. Oleh itu, adakah kita mampu untuk menyatupadukan sesebuah sekolah dengan dialek ataupun bahasa?

Fauzan : Saya kurang jelas dengan sistem pendidikan di Malaysia yang mana pengaplikasian pada peringkat SPM tidak mempunyai kesinambungannya pada peringkat yang lebih tinggi.

Nabilah Farhana : Apakah pandangan Dato yang menggunakan New Media setiap hari dan apakah mungkin ada kesan buruknya dari New Media ini?

Redzuan : Apakah pandangan Dato untuk meningkatkan kualiti pelajar Malaysia di luar negara kerana sejak kebelakangan ini ramai graduan yang pulang sudahlah tidak fasih berbahasa inggeris namun tidak melibatkan diri secara aktif dalam pertubuhan university?

Afiq : Saya lihat birokrasi di Malaysia bukan sahaja menghantui para pelajar kita di IPTA dan IPTS bahkan melahirkan pelajar yang "sama jenis" pemikirannya sehingga hilang kreatifnya. Sebagai contoh, pelajar nak buat sesuatu program perlu jumpa orang-orang tertentu dan perlu mendapat kelulusan dan perlu menunggu terlalu lama sehinggakan pada fikiran pelajar, buat apa nak buat program sedangkan menyusahkan diri sendiri. maka terhapusnya kreativiti oleh kerana birokrasi.

Itulah antara soalan-soalan yang diajukan kepada Dato Saifuddin. Dan Dato menjawab soalan-soalan tersebut dengan penuh berhemah serta menepati kehendak soalan yang diajukan oleh para pelajar.

Terima Kasih Dato Saifuddin. Hope to see you again at Stevens.



Mahasiswa Merdeka Menjana Transformasi

Muhammad Afiq Hassan
PRESIDEN KULN NY-NY

7 comments:

Anonymous said...

i actually was looking forward to read his answers for the students' questions. is it okay for you to include it in the post above?

-mre

Unknown said...

Fauzan bercakap: Tak silap aku soalan yang nama aku tu bukan aku yang tanya.

Afiq Hassan said...

MRE: insyaAllah kami ada record video nanti kena tgk video dulu baru dapat jawab

Fauzan: what's your question actually? sorry about that

Anonymous said...

Fauzan: panjang lebar sikit tapi aku ada menyentuh pasal sjkc sjkt la

Anonymous said...

If i am not mistaken it was Lara Zaaba who asked the question (Fauzan's) that day.

Unknown said...

owh actually this dialog session was held at stevens. not at the washington DC. Laara Zaaba asked the question during dialog session at washington dc. thank you for your participation :)

lan said...

Cool, but cooler if you posted the minister's responds

Post a Comment