Saturday, October 8, 2011

Peralihan Kuasa KULN & Perutusan Alu-aluan

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Pertama sekali, izinkanlah saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan daripada rakan-rakan kepada saya untuk menerajui kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara bagi sesi 2011-2012. Sepertimana yang sedia maklum, proses peralihan kuasa bermula setelah berakhirnya 1Malaysia Language Fest 2011 anjuran bersama MSD dan KULN NYNJ di Kedutaan Besar Malaysia, Washington DC. Peralihan kuasa ini melibatkan peralihan kuasa daripada mantan Presiden KULN iaitu Saudara Redzuan Khairun kepada saya. Maka, secara rasminya tanggungjawab untuk mengekalkan kecemerlangan serta kesinambungan kejayaan KULN dalam setiap bidang termaktub di atas bahu saya selaku Presiden KULN untuk sesi 2011-2012. Tanggungjawab yang digalaskan ini amatlah besar sejajar untuk mencapai misi dan visi yang telah diutarakan dalam manifesto sebelum ini. Namun, dengan sokongan Committees KULN 2011-2012 yang sangat komited membuatkan saya yakin bahawa tidak mustahil untuk KULN New York/New Jersey muncul sebagai KULN paling aktif pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang. Oleh yang demikian, jikalau hanya sekadar melemparkan kata-kata, maka ia tidak akan memberi apa-apa impak dalam proses pembangunan serta penambahbaikan kelab jikalau tanpa proses perlaksanaan.

Justeru itu, saya melihat kesinambungan proses perlaksanaan bagi setiap program dan majlis daripada tahun-tahun sebelumnya mungkin diteruskan dan ditambah-baik dengan program-program baru yang akan diwar-warkan nanti. Di antara program-program KULN pada tahun-tahun lepas adalah:

· Ini Sejarah Kita

· Kedai Kopi

· Alif Ba Ta

· Summer Camp

· Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim

· 1 Malaysia Language Fest


Sekali lagi, sekalung ucapan tahniah diutuskan buat seluruh Ahli Jawatankuasa Tertinggi cawangan Stevens Institute of Technology(STEVENS), Ahli Jawatankuasa Tertinggi cawangan Rochester Institute of Technology(RIT), Ahli Jawatankuasa Tertinggi cawangan Rensselaer Polytechnic Institute(RPI), Ahli Jawatankuasa Tertinggi cawangan Suny Buffalo(UB) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi cawangan Rutgers University(RUTGERS) di atas kecemerlangan pada program-program lepas dan sokongan tidak berbelah bagi kepada setiap program di bawah kelolaan KULN. Semoga kita dapat teruskan kecemerlangan ini di masa hadapan dengan matlamat serta misi yang lebih jauh dan tercapai matlamatnya.

Akhir kata, tahniah diucapkan di atas Pelantikan Committees of KULN 2011-2012. Semoga dengan pelantikan ini dapat membantu KULN untuk menerajui kecemerlangan sebagai sebuah medium ilmu untuk komuniti Malaysia di USA khususnya, serta menjadi badan professional yang akan bertindak sebagai nadi penggerak kepada pembinaan karakter dan mentaliti kita semua. InsyaAllah.



Sekian, terima kasih.


Mahasiswa Merdeka Menjana Transformasi


Muhammad Afiq Hassan

PRESIDEN KULN NY-NJ


0 comments:

Post a Comment