Thursday, July 23, 2009

One Day Visit to Mersing





Pada hari Isnin, beberapa wakil Kelab telah mengadakan lawatan sehari di tiga buah sekolah di sekitar kawasan Mersing. Ketiga-tiga sekolah ini merupakan tiga buah sekolah yang dijemput untuk menyertai Summer Camp 2009 di Kem YPJ, Sekakap, Mersing.

Secara amnya, lawatan ini bolehlah dikatakan berjaya kerana kami telah mendapat persetujuan secara lisan daripada ketiga-tiga Pengetua dari sekolah-sekolah tersebut.

Berdasarkan perbincangan kami bersama ketiga-tiga Pengetua tersebut, dapatlah kami rumuskan seperti berikut:
  • Keselamatan dan Kebajikan para pelajar perlu dititikberatkan oleh Pihak Kelab
  • Pendekatan melalui perkongsian pengalaman bersama para pelajar merupakan salah satu cara terbaik dalam memberi motivasi kepada para pelajar
  • Pembentukan Keyakinan Para peserta perlu dititikberatkan sepanjang menyertai Summer Camp ini.
  • Pihak Penganjur dapat mengurangkan jurang perbezaan di kalangan pelajar yang datang dari latar belakang yang berbeza
  • Ketiga-tiga Pihak sekolah amat bersetuju dan memberikan dokongan dan sokongan kepada Pihak Kelab untuk menjayakan Summer Camp ini
Bagi Pihak Kelab, kami amat menitikberatkan segala pandangan dan komen daripada Pihak Sekolah yang terlibat. Setiap sekolah juga secara amnya bersetuju untuk menghantar 2 guru pengiring, dan juga menyediakan pengangkutan para pelajar ke Kem YPJ, Sekakap.

Oleh itu, Pihak Kelab amat berterima kasih di atas sokongan dan komitmen yang diberikan oleh Pihak Sekolah. Layanan yang diberikan kepada kami amatlah baik. "Kami diberikan minuman percuma di setiap sekolah sehingga perut kami hampir pecah."

Selesai sahaja segala urusan di Mersing, kami terus bertolak ke Johor Bahru untuk bertemu kakitangan JPNJ. Kami amat bersyukur, segala perancangan dapat dijalankan dengan jayanya. Ini semua atas kehendak dan izin Allah, serta komitmen dan kerjasama yang padu dikalangan Ahli Kelab.

Sekian

Shahrir Tamrin

0 comments:

Post a Comment