Thursday, July 9, 2009

Aktiviti Program Summer Camp 2009 di Mersing

Seperti yang digembar-gemburkan, pasukan Kelab UMNO NY-NJ akan menganjurkan Program Summer Camp 2009 di Mersing pada 7-9 Ogos nanti. Setelah berhempas-pulas memikirkan apa yang terbaik untuk dihidangkan kepada para peserta, ajk-ajk program
berjaya menyusun aktiviti-aktiviti yang difikirkan boleh menaikkan nilai fizikal, intelektual,emosional, dan spiritual para peserta. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan:


Sesi 1 : How does oversea look like?
• Pengalaman yang dilalui oleh para pelajar di perantauan telah banyak membentuk serta membina personaliti mereka. Suatu perubahan positif dapat dilihat di dalam diri mereka setelah mereka pulang ke tanah air. Perubahan inilah yang dilihat perlu dikongsi dengan para peserta bagi membentuk mereka supaya menjadi pelajar yang lebih berdikari tidak kira dari segi akademik ataupun sahsiah diri.
• LDK 1 - Memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman dengan fasilitator yang berpendidikan luar negara. Pangalaman serta nasihat daripada fasilitator dapat diberikan kepada para peserta secara lebih khusus.


Sesi 2 : It is not about me, it is about us.
• Para peserta akan didedahkan dengan tujuan mereka sebagai pelajar. Apakah yang penting dalam hidup mereka dan apakah yang menjadi keperluan utama dalam kehidupan mereka. Adakah mereka belajar untuk diri sendiri? Ataupun untuk keluarga mereka? Bagaimana pula dengan rakan-rakan? Ilmu yang mereka pelajari, kepada siapakah ia akan digunakan?


Sesi 3 : It’s time to build a robot.
• Pada masa kini robot tidak lagi dinafikan kepentingannya. Fasilitator akan menunjukkan teknologi robot kepada para peserta. Para peserta akan diajar sedikit sebanyak tentang robot dan cara ia berfungsi. Sesi ini merupakan pendedahan awal para peserta dengan kejuruteraan robotik.
• LDK 3 – Setiap kumpulan akan diberikan dengan satu set robot. Setiap kumpulan akan membina robot tersebut dan memastikan robot tersebut berfungsi. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh fasilitator masing-masing.


Sesi 4: Learn how to learn.
• Peserta akan diberikan penerangan serta pendedahan tentang cara-cara efektif pembelajaran. Teknik pembelajaran tersebut akan merangkumi semua aspek pembelajaran termasuklah kaedah berkomunikasi, pembahagian masa, teknik menjawab soalan, serta adab-adab belajar.
• LDK 4 – Fasilitator setiap kumpulan akan berkongsi tentang teknik pembelajaran. Para peserta lebih berpeluang untuk bertanya kepada fasilitator tentang persoalan serta keraguan mereka sebagai pelajar.



Sesi 5: What is waiting for you?

• Adalah penting untuk para peserta merancang hala tuju masing-masing selepas SPM. Bidang apakah yang akan diceburi? Apakah peluang yang ada? Bagaimana merebut peluang tersebut? Pentingkah biasiswa? Bidang apakah yang harus mereka pilih?


Sesi : Permainan (4 jenis)
• Umumnya, aktiviti ini dirangka untuk merapatkan hubungan antara para peserta dan juga fasilitator. Ini sekaligus dapat meningkatkan motivasi para pelajar dalam mencapai objektif program.


Sesi : Tazkirah
• Memberi pendedahan kepada para peserta dalam mengamalkan Islam yang lebih fleksibel. Ini sesuai dengan pengalaman yang diperolehi oleh para fasilitator sepanjang kehidupan mereka dibumi asing. Ini amat penting agar pemahaman mengenai Islam mestilah berdasarkan konsep yang sebenar. Bukannya, Islam berdasarkan adat dan tradisi masyarakat setempat.

0 comments:

Post a Comment