Monday, June 25, 2012

Gateway To Overseas Program 2012





Gateway To Overseas Program 2012


Anjuran                : Kelab UMNO New York – UMNO USA

Peserta                 : 83 Orang Pelajar Tingkatan 4 SMK Sri Kundang Rawang Selangor

Tempat                 : Kem BTN Tanjung Rhu, Sepang

Tarikh                   : 22 June – 24 June 2012

Sponsorship       : Sekretariat Kelab UMNO, Kementerian Pengajian Tinggi, AKEPT, MSD Washington       DC, Kelab UMNO New York


Setelah bertungkus-lumus untuk sekian lama untuk menghadapi peperiksaan akhir semester, beberapa pelajar Malaysia di Amerika Syarikat hadir dengan satu idea ingin berbakti kepada Tanah Air tercinta pada musim cuti panas kali ini. Untuk menjadikan idea mereka satu kenyataan, pelajar-pelajar di New York dan New Jersey di bawah kelolaan Kelab UMNO New York merancang satu program yang diberi nama Gateway To Overseas Program 2012. Program ini yang mana berkisarkan tentang semangat anak-anak muda di perantauan yang ingin pulang berkongsi ilmu dan pengalaman yang mereka perolehi dengan adik-adik iaitu para pelajar sekolah menengah di kawasan luar bandar. Kali ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kundang menjadi pilihan mereka dan setelah beberapa perbincangan khusus yang dijalankan dengan pihak sekolah, pihak sekolah yang dinaungi oleh seorang pengetua yang berkaliber iaitu Puan Noraizan Brahim, bersetuju untuk menerima tawaran khidmat bakti kami ini. Sedangkan jumlah pelajar yang ingin menyertai program ini pula semakin meningkat mencecah 100 orang sehingga menyebabkan kami terpaksa hadkan jumlah pelajar yang ingin menyertai program ini.

Maka tibalah pada hari pertama program, sehening kepanasan petang Jumaat 22 June 2012, para peserta tiba dengan seribu satu persoalan tentang apakah program ini. Bahkan mereka hadir membawa seribu satu masalah tentang pelajaran yang tiada jalan penyelesaiannya. Peserta yang dibahagikan kepada 10 kumpulan yang berbeza diketuai oleh fasilitator-fasilitator yang merupakan para pelajar Amerika Syarikat. Setelah tiba dan di bawa ke melawat tempat penginapan masing-masing, para peserta mendaftarkan diri dan terus ke “Ice Breaking Session”. Ice Breaking Session merapatkan lagi ukhuwah di antara fasilitator dan ahli kumpulan iaitu “It’s Time To Build A Bridge”. Yang mana para peserta dikehendaki membina satu jambatan daripada batang-batang aiskrim yang disediakan untuk menampung beban pada penghujung program. Kreativiti dan pemikiran yang kritikal para peserta teruji di dalam sesi ini.


Sila tekan "Read More" untuk cerita lebih lanjut.



Pada sebelah malam pula, para pelajar dihidangkan oleh satu sesi tentang “It is not about me, It is about us” yang mana menceritakan tentang tujuan belajar di dalam hidup ini. Para peserta begitu teruja mendapat satu perkongsian yang berguna daripada fasilitator tentang tujuan mereka belajar di dalam alam persekolahan dan seterusnya ke menara gading. Majlis perasmian setelah sesi tersebut disempurnakan oleh Encik Muhammad Ali Halim, Penolong Pengarah Jemaah Kenaziran Putrajaya.

Hari kedua dimulakan dengan senaman pagi para peserta yang di bawa bersenam mengelilingi kawasan sekitar pantai. Setelah itu sesi pagi pula mengajar para peserta tentang “How To Become A Smart Learner” yang mana kebanyakkan memberi pendedahan kepada para peserta tentang teknik belajar yang betul semasa alam persekolahan. Pada sebelah petang pula para peserta membuka mata mereka setelah para fasilitator menceritakan apakah peluang-peluang yang ada di Malaysia ini untuk melanjutkan pelajaran mereka. Kebanyakkan mereka terkejut kerana sebelum ini mereka tidak didedahkan dengan perkara ini. Manakala pada malam hari pula, ketahanan diri para peserta diuji dengan aktiviti “Night Navigation” di dalam kawasan sekitar Kem BTN tersebut.

Maka tibalah pada hari terakhir, yang mana kali ini para peserta lebih santai dengan program yang disediakan kerana para fasilitator menceritakan “How does Overseas Look Like?” kepada para peserta. Para peserta teruja dengan sesi tersebut serta lebih bersemangat untuk buat yang terbaik di dalam SPM kelak. Hal ini kerana, kehidupan di luar Negara yang ditunjukkan oleh fasilitator terpampang indah di dalam minda mereka dan sekaligus menyuntik semangat untuk belajar lebih bersungguh-sungguh. Oleh itu tamatlah sesi kem selama 3 hari di Kem BTN Sepang, yang mana majlis penutup disempurnakan oleh Encik Mohd Badrie bin Abd Rahim, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Hubungan Antarabangsa Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan jayanya. Para peserta meninggalkan Kem BTN Sepang dengan linangan air mata sedih untuk berpisah dengan para fasilitator walaupun baru kenal hanya 3 hari. Semoga apa yang diperolehi daripada kem ini sedikit sebanyak membantu para peserta untuk Berjaya di dalam SPM kelak dan sekaligus mengikuti jejak langkah kami ke Amerika Syarikat suatu hari nanti.



Sukaneka para peserta.

Para peserta di dalam sesi LDK

Sesi perbentangan para peserta.


Lagi gambar di : CLICK HERE



KULN Team
mafh

0 comments:

Post a Comment