Monday, June 25, 2012

Gateway To Overseas Program 2012





Gateway To Overseas Program 2012


Anjuran                : Kelab UMNO New York – UMNO USA

Peserta                 : 83 Orang Pelajar Tingkatan 4 SMK Sri Kundang Rawang Selangor

Tempat                 : Kem BTN Tanjung Rhu, Sepang

Tarikh                   : 22 June – 24 June 2012

Sponsorship       : Sekretariat Kelab UMNO, Kementerian Pengajian Tinggi, AKEPT, MSD Washington       DC, Kelab UMNO New York


Setelah bertungkus-lumus untuk sekian lama untuk menghadapi peperiksaan akhir semester, beberapa pelajar Malaysia di Amerika Syarikat hadir dengan satu idea ingin berbakti kepada Tanah Air tercinta pada musim cuti panas kali ini. Untuk menjadikan idea mereka satu kenyataan, pelajar-pelajar di New York dan New Jersey di bawah kelolaan Kelab UMNO New York merancang satu program yang diberi nama Gateway To Overseas Program 2012. Program ini yang mana berkisarkan tentang semangat anak-anak muda di perantauan yang ingin pulang berkongsi ilmu dan pengalaman yang mereka perolehi dengan adik-adik iaitu para pelajar sekolah menengah di kawasan luar bandar. Kali ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kundang menjadi pilihan mereka dan setelah beberapa perbincangan khusus yang dijalankan dengan pihak sekolah, pihak sekolah yang dinaungi oleh seorang pengetua yang berkaliber iaitu Puan Noraizan Brahim, bersetuju untuk menerima tawaran khidmat bakti kami ini. Sedangkan jumlah pelajar yang ingin menyertai program ini pula semakin meningkat mencecah 100 orang sehingga menyebabkan kami terpaksa hadkan jumlah pelajar yang ingin menyertai program ini.

Maka tibalah pada hari pertama program, sehening kepanasan petang Jumaat 22 June 2012, para peserta tiba dengan seribu satu persoalan tentang apakah program ini. Bahkan mereka hadir membawa seribu satu masalah tentang pelajaran yang tiada jalan penyelesaiannya. Peserta yang dibahagikan kepada 10 kumpulan yang berbeza diketuai oleh fasilitator-fasilitator yang merupakan para pelajar Amerika Syarikat. Setelah tiba dan di bawa ke melawat tempat penginapan masing-masing, para peserta mendaftarkan diri dan terus ke “Ice Breaking Session”. Ice Breaking Session merapatkan lagi ukhuwah di antara fasilitator dan ahli kumpulan iaitu “It’s Time To Build A Bridge”. Yang mana para peserta dikehendaki membina satu jambatan daripada batang-batang aiskrim yang disediakan untuk menampung beban pada penghujung program. Kreativiti dan pemikiran yang kritikal para peserta teruji di dalam sesi ini.


Sila tekan "Read More" untuk cerita lebih lanjut.

Thursday, June 7, 2012

Tahniah Saudara Afiq Hassan di atas pelantikan sebagai Pengerusi BPN Amerika Syarikat yang Pertama!


Saudara Muhammad Afiq Hassan telah dilantik sebagai Pengerusi Pertama Badan Perhubungan Negara(BPN) Amerika Syarikat berkuatkuasa serta merta. Tahniah diucapkan dari kami. Selamat maju jaya dan teruskan kecemerlangan!

Merujuk kepada Surat Bertarikh 23 March 2012 :



BPN Amerika Syarikat merangkumi seluruh Kelab UMNO di Amerika Syarikat iaitu :

1) Kelab UMNO New York-New Jersey
2) Kelab UMNO Connecticut
3) Kelab UMNO Michigan
4) Kelab UMNO Minnesota
5) Kelab UMNO Chicago
6) Kelab UMNO Pennsylvania
7) Kelab UMNO California

Turut sama diucapkan tahniah buat Saudara Zaki Hamid dari Kelab UMNO Minnesota di atas pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi BPN 2012-2014

TANGGUNGJAWAB BADAN PERHUBUNGAN NEGARA 
10.1.Membentuk dasar-dasar Badan Perhubungan Negara.
10.2.Memastikan aktiviti-aktiviti semua Cawangan mengikut kehendak Perlembagaan dan dasar-dasar Badan Perhubungan Negara.
10.3.Menjalankan sebarang usaha bersama dengan organisasi – organisasi lain atas hal-hal yang sesuai dengan tujuan-tujuan Kelab.
10.4.Menetapkan jumlah dan tarikh pembayaran yuran tahunan dan wang pendaftaran keahlian.
10.5.Menetapkan tarikh pembayaran jumlah sumbangan kepada Badan Perhubungan Negara daripada kutipan yuran dan wang pendaftaran ahli oleh Cawangan.
10.6.Bertanggungjawab ke atas segala pendapatan dan sumbangan yang diterima mengikut Fasal 19.
10.7.Mengumpul Penyata Tahunan dan Penyata Kira-Kira yang telah diperiksa dan disahkan oleh Juruaudit daripada setiap Cawangan.
10.8.Menentukan perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan  menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang.
10.9.Melantik pemegang amanah dan memberhentikannya pada bila – bila masa jua pun.
10.10.Melantik dua orang Juruaudit dan mengganti Jika berlaku pemberhentian.
10.11.Mengambil sebarang langkah selain daripada perkara – perkara yang disebut di atas bagi  kesempurnaan perjalanan Badan Perhubungan Negara


Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk di : PERLEMBAGAAN KELAB UMNO LUAR NEGARA



KULN Team

Penyerahan Sumbangan Kepada Keluarga Mr Nizam di Connecticut

 Bersama Keluarga Mr Nizam


Pengerusi Badan Perhubungan Negara Amerika Syarikat bersama-sama Committees Kelab UMNO New York menyerahkan sumbangan kepada Mr Nizam. 



Pada 2 Jun 2012, committees Kelab UMNO New York-New Jersey yang telah diketuai oleh Saudara Afiq Hassan selaku Pengerusi Badan Perhubungan Negara Amerika Syarikat telah mengadakan satu lawatan ke Connecticut untuk menyampaikan sumbangan daripada Komuniti Malaysia di USA kepada keluarga Mr Nizam yang kurang bernasib baik. Sumbangan sebanyak USD 4,000 telah berjaya diperolehi hasil dari sokongan dan keprihatinan rakyat malaysia di seantero Amerika Syarikat. Alhamdulillah perkara ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga tersebut yang mana isteri beliau tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga Mr Nizam yang mengalami strok hampir setahun lebih lamanya. Keluarga mereka meneruskan kehidupan di Amerika Syarikat atas ihsan community Malaysian di Conneticut. Hati kami tersentuh, alangkah perlunya kita bersyukur di dalam kehidupan kita ini. Masih ramai yang kurang bernasib baik. Untuk perancangan masa hadapan, mereka bercadang untuk pulang ke Malaysia pada Ogos nanti. Kami akan bantu selagi termampu untuk pendidikan anak-anak Mr Nizam yang cemerlang dalam pelajaran.

Latar Belakang Mr Nizam

  • Saudara Nizam dan isteri adalah pelajar tajaan ITM yang menetap di Connecticut setelah tamat pengajian di US.

  • Namun, kecelakaan yang menimpa dirinya tiada siapa yang menduga. Saudara Nizam diserang stroke and telah menerima pembedahan dan rawatan di sini. 
  • Saudara Nizam mempunyai seorang isteri dan tiga anak. Anak-anak beliau mempunyai pencapaian cemerlang di High School di sini. Isteri beliau tidak bekerja,tidak tahu memandu dan tidak mampu menyara keluarga. Tambahan pula, keadaan Saudara Nizam memerlukan penjagaan rapi daripada isteri beliau, keluarga ini hilang punca pendapatan. 
  • Keluarga mereka sekadar hidup atas ihsan beberapa orang komuniti Malaysia di Connecticut. 
  • Kelab UMNO Luar Negara New York New Jersey atas atas prihatin sesama muslim dan kemanusiaan berhasrat membantu mengumpul bantuan untuk mendapat Saudara Nizam dan keluarga.
  • Hasil kutipan akan diserahkan kepada keluarga beliau pada bulan Jun/July ini. Diharapkan sumbangan dari kita dapat membantu keluarga Saudara Nizam dan membolehkan isteri beliau mula menyara keluarga dan anak-anak mereka meneruskan pengajian di sini. 


Perbincangan dengan Mr Nizam tentang perancangan untuk masa depan dan kepulangan beliau ke Malaysia.


Puan Norhayati, seorang isteri yang tabah membesarkan 3 orang anak yang cemerlang dalam pelajaran di samping ujian yang Allah kurniakan kepada beliau. Doa kami sentiasa bersama Puan. 





afiqhassan
-KULN Team-

Open Session : Student with Prime Minister

 Para pelajar bersama YAB Dato Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia,  Dato Sri Jamaluddin Jarjis dan juga Datuk Othman(Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat)


 Keterbukaan Dato Sri Najib apabila sudi mendengar permasalahan pelajar dan menyelesaikannya dengan kadar segera.


Mendengar amanat yang disampaikan oleh YAB Dato Sri Najib Razak kepada seluruh warga Malaysia di Washington DC.


Pada tarikh May 18, Jumaat 2012, seramai 20 orang pelajar dari Stevens Institute of Technology telah hadir untuk satu session bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Razak. Sesi tersebut telah dimulakan dengan solat Jumaat bersama-sama YAB PM dan setelah itu para pelajar dijemput untuk makan tengahari bersama-sama PM dan ketika lunch tersebut para pelajar berpeluang untuk bertanyakan tentang permasalahan yang dihadapi serta kekeliruan dengan beberapa isu yang berlaku di Malaysia. Diantara soalan yang diajukan serta jawapan dari YAB PM :

Pelajar : Dato Sri, adakah mungkin akan ada lebih ramai Undergraduate Students yang akan dihantar oleh Government ke Amerika Syarikat?

PM : Kerajaan menjalankan satu inisiatif baru iaitu setiap pelajar yang ingin ke luar negara seharusnya cemerlang di dalam A-level terlebih dahulu. Hal ini kerana ramai pelajar yang kita hantar ke luar negera namun tidak ramai yang mendapat tempat di University-university terkemuka di dunia. Hal ini kerana para pelajar di malaysia datang dari sistem sekolah menengah yang berbeza cara penyampaiannya iaitu selepas SPM. Oleh itu kerana perbezaan sekolah dan penyampaian, maka para pelajar tidak dapat keputusan cemerlang di dalam TOEFFL dan SAT(ujian kemasukan ke university di USA). Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan menetapkan bahawa setiap pelajar akan diselaraskan dengan A-level dan jika mendapat keputusan yang cemerlang akan di hantar ke luar negara. 

Pelajar : Terima kasih Dato Sri. Kami antara pelajar yang bertuah kerana dapat ke luar negara dengan keputusan SPM sahaja.




***Jawapan Dato Sri Najib mungkin sedikit berbeza kerana Petikan ini diambil dari salinan Setiausaha Kelab UMNO ketika sesi tersebut***
Para pelajar bergambar bersama Puan Norly, Mr Abd Rahim(Education Attache) dan Pengarah JPA Washington DC, Mr Nazrol Marzuke






afiqhassan
-KULN Team-