Monday, January 16, 2012

Sukan& Permainan : Mengimbau Memori Silam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah selesai sudah program Sukan& Permainan : Mengimbau Memori Silam anjuran KULN RIT.

Program ini diadakan oleh KULN Rochester Institute of Technology (RIT) pada 14 Januari 2012 bertempat di Student Life Center , Rochester Institute of Technology. Permainan yang dipertandingkan: Permainan Galah Panjang dan Baling Selipar.

Objektif utama program ini adalah untuk ;
  1. Memperkenalkan KULN RIT kepada seluruh pelajar Malaysia di Rochester Institute of Technology.
  2. Merapatkan ukhuwah sesama pelajar-pelajar
  3. Memupuk sikap toleransi di dalam diri para peserta kerana perbezaan cara dan peraturan permainan tradisional yang berbeza di setiap daerah/negeri.

Di akhir program, pemenang menerima hadiah berupa hamper dan makanan tengahari juga disediakan oleh pihak penganjur. Terima kasih atas kerjasama pihak KULN RIT dan para peserta RIT.
Peserta boleh memberi maklum balas bagi meningkatkan prestasi untuk program seterusnya dari pihak KULN RIT/KULN NY-NJ.

Tempat Pertama (men) : Selipar Jepun
Tempat Kedua : Unpredictable
Tempat Ketiga : White House

Tempat Pertama (women) : Awesome Sisters
Tempat Kedua : Bunga Raya
Tempat Ketiga : Gedebak Gedebuk













Gambar-gambar lain boleh dilihat di Photo Album Facebook kami.

Disediakan oleh :
Nur Nabihah Binti Hashim
SETIAUSAHA KULN NYNJ


0 comments:

Post a Comment