Sunday, September 27, 2009

Majlis Makan Malam Bersama Datuk Anifah Bin Haji Aman


Pada hari Sabtu, 27 September 2009, pihak Consul General Malaysia telah menganjurkan sesi makan malam bersama Menteri Luar Malaysia (Minister of Foreign Affair), Datuk Anifah Bin Haji Aman dan isterinya Datin Siti Rubiah. Makan malam tersebut bertempat di Permanent Mission Malaysia di Manhattan, NYC. Menggantikan YAB Dato' Seri Najib Razak, Datuk Anifah kini sedang dalam rangka kerja menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang juga berlangsung di New York. Majlis makan malam tersebut turut dihadiri Duta Malaysia ke Amerika, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, professional-professional dan pelajar-pelajar Malaysia dari sekitar NY, NJ dan Connecticut.

Dalam ucapan ringkasnya, Datuk Anifah menegaskan pentingnya semangat perpaduan walaupun berbeza kaum. Beliau menyeru supaya semangat 1Malaysia disambut baik oleh semua. Beliau juga menyeru para professional dan pelajar yang menetap di US supaya tidak melupakan tanah air Malaysia walaupun sudah berjaya mencipta nama di US.

Selain itu, beliau juga ade menyentuh beberapa isu hangat seperti hubungan Malaysia dan Indonesia ekoran isu Tarian Pandet baru-baru ini, cabaran dan peluang dalam hubungan Malaysia dan amerika Syarikat, penubuhan pasukan Formula One (F1) Malaysia untuk Grand Prix tahun hadapan dan juga serba-sedikit mengenai keadaan pandemik H1N1 di Malaysia.


Serba sedikit info mengenai Datuk Anifah Aman:

-Lahir pada 16 November 1953
-Asal Keningau,Sabah
-Portfolio sekarang: Menteri Luar Malaysia (Minister of Foreign Affair)
-Portfolio yang pernah dipegang: Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.
-Adik kepada Ketua Menteri Sabah yang sekarang, Datuk Seri Panglima Musa Aman.


2 comments:

shahrir said...

he's a brilliant politician..

Anonymous said...

he is damn good

-jimbo

Post a Comment