Saturday, March 3, 2012

ALIF BA TA 2012


                     Alhamdulillah, Alif Ba Ta 2012 telah melabuhkan tirainya pada 19 Februari 2012 di RIT. Program ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mengenal lagi tentang tema program ini, iaitu “The Conflict of Generation: The Character and Significance of Student Revivalism”. Jutaan terima kasih diucapkan kepada tetamu-tetamu jemputan, Speakers, dan peserta-peserta yang mengikut program ini selama dua hari. 

                Para peserta berpeluang untuk mendengar penyampaian-penyampaian yang sungguh menarik berkenaan Karakter sebagai warganegara Malaysia, Mahasiswa dan pemimpin dunia daripada YB Zulkifli Nordin, Professor Muhammad serta Dr. Habibah. Sebagai seorang warganegara Malaysia, seseorang itu perlu mengekal nilai-nilai(values) ketimuran seperti memberi salam dan menghormati orang tua. Sekarang ini, cara penyampaian nilai-nilai ini yang salah menyebabkan keruntuhan akhlak seseorang. Seseorang perlu ada kayu penyukur (yard stick) sebagai panduan dalam melakukan sesuatu perkara.

                Bagi seseorang yang memegang label Mahasiswa dalam dirinya hendaklah menunjukkan kebolehan dalam setiap perkara terutamanya communication skills, time management dan  self-esteem. Selain itu, para peserta ditekan tentang keutamaan sebagai seorang Mahasiswa atau pelajar. Tetapi bukan semata-mata untuk belajar, tetapi mengambil peluang untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain dan meningkatkan daya kepimpinan diri sendiri.

                Karakter sebagai pemimpin dunia pula adalah mengenal sejarah dan mengenalpasti kekuatan sesebuah negara itu. “Belajar daripada sejarah”, itulah yang diungkapkan daripada Professor Madya Muhammad Hussin. Selain itu seorang pemimpin perlulah membezakan antara Reality dan Idealisma.

                Para peserta dan Speakers ada juga mengetengahkan tentang isu AUKU.  Sesetengah berpendapat bahawa AUKU perlu dimansuhkan tetapi pada hakikatnya AUKU telah diubahsuai dari satu fasa ke satu fasa. Setiap perubahan yang dibuat adalah meringankan akta ini. Contohnya para Mahasiswa dibenarkan untuk menyuarakan pendapat atau berpolitik melalui Badan Bukan Kerajaan (NGOs). Kerajaan masih dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah penentangan AUKU ini.

                Pada keseluruhannya, para peserta ditegaskan untuk memegangkan dan mempraktikkan nilai-nilai (values) ketimuran yang sedia ada dalam diri kita. Ingatlah asal usul kita dan belajar daripad sejarah yang telah berlaku. Sebagai pemimpin bagi generasi akan datang, peserta haruslah sentiasa bertanya kepada diri sendiri, “Apakah yang boleh saya sumbang kepada masyarakat Malaysia?” Mulai sekarang, kita hendaklah berfikir tentang cara untuk dan sentiasa berbakti kepada orang lain (serve the community).  Para peserta juga diingatkan tentang keutamaan sebagi pelajar terutamanya dari segi pencapaian akademik.

                Setelah perbincangan selesai, kami telah mencapai beberapa resolusi yang perlu diambil perhatian.
  •          Membenar pelajar ijazah sarjana muda untuk membuat penyelidikan tanpa memenuhi syarat-syarat sebagai ijazah sarjana.
  •          Menyediakan common ground bagi pihak Mahasiswa untuk menyuarakan cadangan atau isu pada peringkat universiti.
  •          Membenarkan Mahasiswa untuk melibatkan diri dalam politik tetapi di bawah pengawasan pihak tertentu dan mempunyai kecemerlangan akademik.
  •          Menyediakan guru-guru yang mengajar pelajar bukan untuk mendapat kecemerlangan akademik semata-mata tetapi penyediaan diri untuk masa hadapan.

Kesimpulannya, sebagai generasi muda yang bakal memegang tampuk kerajaan suatu hari nanti, seseorang itu mesti mengekalkan nilai-nilai ketimuran, mengambil iktibar dari sejarah, dan berfikir serta bertindak untuk menyumbang sesuatu untuk komuniti di sekeliling kita. Tidak dilupakan juga, berfikiran rasional apabila mengambil sesuatu tindakan. Perilaku kita menggambarkan siapa kita. Turun naik sesebuah kerajaan itu berdasarkan pemuda-pemudanya.

Tema 

Prof. Madya Dr Posiah Mohd Isa
(Tetamu Jemputan)
YB Zulkifli Nordin

Dr Habibah
Prof Madya Dr Muhammad Hussin

para peserta

best participant

menikmati makanan yang dimasak oleh pelajar sendiri


menjalinkan persahabatan

takzirah selepas solat

forum bersama speakers

penyampaian penghargaan kepada Dr Bib

penyampaian penghargaan kepada Prof Muhammad

penyampaian penghargaan kepada Dr Posiah

Tun Razak Chair session

 Catatan lanjut tentang program Alif Ba Ta 2012 boleh dibaca menggunakan link di bawah :
KLIK DI SINI

Gambar-gambar lain boleh dilihat di Facebook page KULN NY-NJ:
KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR ALIF BA TA





0 comments:

Post a Comment