Friday, December 17, 2010

Kedai Kopi RIT 2010




Kedai Kopi RIT 2010

Tarikh: 10 Disember 2010

Kedai kopi ialah program diskusi yang boleh dimanfaatkan sebagai saluran/medium untuk menyuarakan pendapat, dan memberi peluang menyatakan idea-idea yang bernas. Ia berasal dari Stevens, dan diambil sempena nama presiden KULN yang lalu, iaitu Nabil (Kedai Kopi Pak Nab). Tradisi Kedai Kopi masih diteruskan di RIT dengan konsep, moderator akan mengetuai diskusi, tetapi bukan sebagai penceramah yang hanya memberi info.

Stereotypical Thinking of Malays

Oleh Arif Aiman dan Azril Azizi (Joe & Jijie)

Conservative

Stereotype 1: Melayu sangat konservatif, tradisional, tidak terbuka dan berfikiran ke hadapan.

Contoh: Bangunan Warisan yang dibina untuk Melayu, kontraktor dan lesen perniagaan hanya untuk Melayu. Bangunan ini dikatakan bakal menjadi tempat berprestij untuk Melayu, seperti Petaling Street untuk bangsa Cina. Apa kata anda?

Turut dipersoalkan tentang perpaduan, mengapa perlu dibezakan tempat untuk setiap bangsa? Ada ynag memberi jawapan merujuk kepada hak istimewa orang Melayu kerana asalnya Malaysia dari Tanah Melayu. Namun, 1Malaysia yang dirancang haruslah menunjukkan perpaduan. Hal ini juga dikatakan berkaitan dengan masalah bukan Melayu yang kadang-kadang seperti mahu mencabar, inginkan lebih dan ingin mencabar Ketuhanan atau struktur pentadbiran Malaysia.

Beberapa pendapat diberi tentang masalah di Kuala Lumpur yang mempunyai banyak bangunan tergendala, kenapa bangunan itu tidak digunakan malahan ingin dibina yang baru. Timbul persoalan tentang kenapa perlu menambah bangunan, dan menambah kesesakan. Juga isu wujudnya banyak kuota untuk Melayu, tetapi tiada Melayu untuk majukan semua kemudahan yang ada (Melayu malas?)

Pembahagian 2 minda:

· Membangkang kerana bajet yang tinggi, duit boleh digunakan pada pendidikan, kemiskinan dan lain-lain.

· Menyokong kerana memberi impak yang baik untuk Malaysia dari segi jangka panjang.

Masalah bangkangan telah wujud sejak dahulu. Contoh, pembinaan litar sepang, KLCC, Putrajaya apabila di akhirnya banyak memberi kesan yang baik kepada Malaysia. Setiap projek pasti sudah dirancang dari dulu, kesan positif dan negatif sudah difikir dan dianalisis. Bangkangan juga berlaku kerana karenah birokrasi, dan demonstrasi merupanya cara yang pantas untuk menarik perhatian, memintas dan memberi impak, menonjolkan pandangan mereka. Bangkangan itu wujud kerana kerajaan tidak membentangkan cadangan projek kepada rakyat dengan jelas, penerangan manfaat jangka pendek dan panjang. Turut melibatkan masalah politik dan situasi di Malaysia, ingin menghentam satu sama lain, dan mengaburi mata rakyat – itulah stereotype yang sebenar.

Dari segi lainnya, kewujudan 2 kumpulan perlu untuk memberi keseimbangan. Tetapi apa yang penting ialah cara membangkang itu perlu betul, jangan guna budaya samseng dan keganasan – vandalism, menyusahkan orang, memberi benda negatif dan menimbulkan kemarahan.

Di samping itu, turut dibincangkan masalah kemiskinan dan wang yang digunakan untuk pembangunan. Fokus wajar diberikan lebih terhadap kemiskinan kerana rakyat turut meyumbang kepada pembangunan Negara, tidak tertakluk kepada pembangunan bangunan tinggi sahaja. Di zaman Rasulullah, tiada kemiskinan kerana wang zakat digunakan secara maksimum –harus difikirkan, yang mana lebih penting, pembangunan atau rakyat.

Sebagai rumusan daripada Jiji – sebagai pemimpin, perlu memikirkan pros dan cons setiap masalah dan isu – sama ada duit digunakan untuk orang miskin atau pembangunan, keperluan membina bangunan dan manfaat jangka panjang. Bukan mudah menjadi pemimpin, oleh itu pihak yang membangkang, perlulah menyalurkan dengan baik. Sebelum membangkang, buat kajian sebelum memberi pandangan. Sebaran ideologi perlulah menyeluruh terutamanya di internet, perlu untuk memberi pendapat bagi dua pihak dan menjadi neutral.

Judgmental

Stereotype 2: Melayu sangat menilai dan membuat kesimpulan sendiri.

Faktor: bercakap tanpa berfikir, bercakap ikut suka mulut, tanpa guna akal hati. Media turut menggalakkan orang bersikap judgmental. Juga dipengaruhi oleh persekitaran, mengumpat, bergosip.

Siapa kita untuk menilai orang?

Pandangan perlu disokong oleh bukti, dan sumber yang dipercayai. Pandangan memberi kesan, oleh itu perlu untuk menjaga percakapan dan berfikir dahulu. Kebanyakan orang suka membuat kesimpulan sendiri, dan menghukum tanpa usaha untuk mengkaji – perlunya pendidikan dan media masa yang bagus.

Contoh: Benda belum jadi dah bercakap – orang mengumpat, pergi luar Negara pasti lupa diri, kahwin Mat Salleh/Minah Salleh. Menilai baik buruk orang dari luar, tanpa mengetahui isi atau sebab.

Sebenarnya, semua orang bersifat judgmental, kerana rata-ratanya akan “judge a book by its cover” – buku yang tidak menarik tidak akan dibaca. Normal bila memberi ‘first impression’. Cuma, tahap judgmental yang membezakan orang. Judgmental perlu lebih pada pandangan pertama,tetapi perlu diberi peluang supaya judgmental diubah setelah menenali seseorang atau sesuatu.

Dikatakan juga bahawa judgmental hanya perlu untuk ‘sendiri-sendiri’ (personal view), akan tetapi bakal memberi masalah bila disebarkan kepada orang lain. Inilah punca mengumpat dan penyebaran umpatan, kerana orang mahukan sokongan untuk pandangan yang dilontarkan.

Judgmental juga wujud bila kurangnya ilmu, yakni bukti/punca judgmental Melayu memberi impak buruk, kerana ilmu yang kurang. Oleh itu perlu menambah ilmu, atau buat kajian sebelum menyuarakan pendapat.

Rumusan ringkas daripada Joe – Judgmental: semua orang ada, tapi perlu jaga! Jangan sebarkan secara berleluasa.

Followers vs Leaders

Stereotype 3: Melayu lebih senang menjadi pengikut daripada pemimpin.

Hal ini turut berkaitan dengan sikap konservatif, susah untuk memulakan, dan susah untuk membuat keputusan. Turut berkaitan dengan sikap ketimuran, seperti malu bertanya soalan di dalam kelas, dan sebagai contoh lainnya - Japan improve rather than invent. (takut untuk memulakan?)

Melayu suka mengikut kerana apabila menjadi pemimpin, mereka dipandang buruk, dikutuk dan tidak disukai. Berdasarkan persekitaran di kalangan Melayu itu sendiri, tiada keyakinan untuk menjadi pemimpin. Turut melibatkan masalah menjadi pemimpin untuk populariti, bukan kerana kesungguhan dan tanggungjawab.

Hal ini juga disebabkan oleh wujudnya “Social Distance” yang tinggi antara pemimpin dan pengikut dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, Malaysia dan England yang mempunyai Raja dan pengikut yang menerima, iaitu bersetuju mengikut Raja.

Selain itu, Melayu juga dikatakan takut menerima cabaran atau lebih tepat lagi takut gagal. Takut melepasi halangan/barrier kegagalan dan lebih suka untuk berada dalam keadaan selesa. Apabila menjadi pemimpin, seseorang individu itu perlu membuat keputusan, yang mempunyai impak dan kesan kepada dan daripada orang lain – takut dengan pandangan orang dan penerimaan orang.

Lipatan sejarah telah membuktikan asalnya Melayu seorang pemimpin yang bagus, dan mempunyai semangat yang tinggi. Kemungkinan kini semangat itu sudah hilang, pudar dan berkurang, mungkin kerana keselesaan yang diberikan telah menyebabkan rasa malas dan Melayu tidak mahu lagi untuk mengambil tanggungjawab. Oleh itu, kita perlu keluar, membesarkan skop, ilmu dan adaptasi pada ketidakselesaan, hanya dengan itu kita dapat banyak belajar.

Dengan itu gunakan kelebihan masing-masing, dan guna kelebihan untuk jadi peneraju untuk benda yang baru. Berusaha untuk keluar dari kepompong merupakan langkah terbaik untuk individu. Orang Melayu sangat bagus, berusaha bersungguh-sungguh bila melakukan sesuatu. Tongkat perlu dicantas sedikit demi sedikit, jangan di ambil terus. “Be the change, not the one to be changed”

Wake up and improve ourselves. Betulkan niat J

Rumusan Joe – Majoriti mungkin suka menjadi pengikut. Oleh itu, jadilah golongan minoriti yang sanggup keluar dari zon selesa dan berani memberi perubahan kepada majoriti. Itulah pemimpin yang sebenar.


Moderator - jijie dan joe

cameraman memberikan sedikit maklumat.

saudara hizami memberikan sedikit hujah.

pelajar yang hadir ke Kedai Kopi RIT

saudari nabihah memberikan sedikit pendapat.

Sekian,

Disediakan oleh:

Mimi Naterah Sharbani


photographer: Nadzreeq Nor Majid

Wednesday, December 15, 2010

Perubahan tarikh Alif Ba Ta.

Thursday, December 9, 2010

Aku Lihat Layu Dalam Melayu - Malique and Dr M





Penyanyi: Malique
Tajuk Lirik Lagu: Layu
Sesungguhnya
Tidak ada yang lebih menyayat
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
Dari membiarkan bangsaku dihina
Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya

Disediakan oleh : Muhammad Amir Mohd Azmi

Thursday, December 2, 2010

MASA



Assalamualaikum w.b.t dan salam muhibbah

"You should not be late for everything except for your funeral"

Kata-kata yang lahir dari mulut pemandu 'shuttle' tempat kami menginap ini benar-benar menusuk kalbu. Kadang-kadang kita bagaikan mengambil mudah akan perkara ini; perkara yang mungkin kelihatan enteng tetapi bakal mengundang seribu satu masalah jika dijadikan amalan. Ya, perkara itu ialah menepati masa.


Niat di hati sekadar ingin mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan lain akan pentingnya bagi kita untuk sentiasa menepati masa dalam apa jua perkara yang ingin dilaksanakan. Menepati masa dapat membantu kita dalam memastikan segala perkara berjalan seperti yang dirancangkan. Tidak akan berlaku istilah "lari schedule" jika semuanya menuruti kehendak masa seperti yang ditetapkan. Aktiviti berjalan lancar dan semua orang akan berasa gembira dan tenang.

Cuba bayangkan situasi di mana kita perlu berada di sebuah tempat tepat pada masa yang ditetapkan. JIka kita sering mengamalkan habit untuk tidak menepati masa, sudah pastinya perkara ini mungkin akan menjadi sedikit masalah. Lambat 5 atau 10 minit mungkin tidak menjadi masalah dalam sesetengah kes tetapi jika kelewatan itu menjangkau 20 minit, itu bukan sesuatu yang boleh diterima.

Prof. Dr. Habibah Asha'ari, mantan Pengarah INTEC pernah berkata:

We should not be punctual. Instead, we should be early.

Ini mungkin adalah peringatan kepada pelajar INTEC agar tidak sekali-kali membuatkan orang lain menunggu. Namun, pada hakikatnya semua pihak tanpa mengira darjat dan pangkat harus menjadikan kata-kata ini sebagai suatu sandaran dalam memastikan diri ini lebih berdisiplin menjalani kehidupan seharian.

"Masa itu emas."


Masyarakat zaman dahulu kala telah memberikan perumpamaan yang cukup ideal bagi menggambarkan kepentingan masa dalam kehidupan. Dapat dilihat perbandingan di mana masa dianggap mempunyai harga yang sama tinggi dengan emas. Jika mereka mampu untuk melihat kepentingan masa dalam aktiviti seharian, kenapa tidak kita??

Nukilan ini hanyalah sedikit bingkisan sekadar mengingati diri ini akan perlunya kita menepati masa dalam segala apa yang kita lakukan. Jangan biarkan orang lain menunggu kita, sebaliknya biarlah kita yang menunggu mereka.

Wassalam~

disediakan oleh: Ahmad Azizi Jamaludin