Tuesday, September 21, 2010

Kedai Kopi 2010 – “Hujan Emas di Negeri Orang”

Pada 23 April 2010, sesi pertama kedai Kopi untuk penggal ini telah diadakan di Rochester Institute of Technology, New York. Sesi Kedai Kopi ini dilihat mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelajar Malaysia di RIT. Banyak pendapat telah disumbangkan dalam program ini, dalam suasana yang tertutup tetapi meriah.

Ringkasnya, Kedai Kopi pada sesi kali ini membincangkan isu penting yang kerap kali diutarakan di kalangan masyarakat terutamanya pelajar-pelajar luar Negara. Isu kali ini berdasarkan sebuah peribahasa Melayuyang berbunyi, “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri”. Namun, berdasarkan statistik dan realiti yang berlaku hari ini, bukan semua orang yang bersetuju dengan maksud peribahasa ini. Ramai yang bersetuju bahawa “hujan emas di negeri orang” iaitu dengan kata lainnya peluang di Negara luar terbuka luas. Peluang di Negara luar lebih banyak daripada peluang di Negara sendiri. Masyarakat Malaysia yg berada di luar Negara rata-ratanya membandingkan perbezaan hidup di Malaysia dan luar Negara. Berdasarkan statistik juga, bilangan rakyat Malaysia yg berhijrah sangat besar. Setiap tahun, golongan professional dari kalangan pelajar luar Negara yg ingin menimba pengalaman bermastautin di luar Negara dengan alasan peluang pekerjaan yang lebih besar dan taraf hidup yang lebih baik.

Di Amerika Syarikat, seramai 72 ribu rakyat Malaysia yang bekerja dengan gaji yang lumayan dan peluang pekerjaan yang dirasakan lebih besar. Selain itu, kewujudan sistem gaji minimum yang tiada di Malaysia dirasakan lebih selamat untuk hidup mereka. Di Malaysia, ketiadaan sistem gaji minimum ini menyebabkan masalah seperti gaji yang tidak berdasarkan keperluan dan kadangkala gaji yang tidak mencukupi untuk hidup. Berdasarkan satu contoh daripada saudara Farhan, gaji yang ditawarkan di Kedai Mamak begitu rendah, sekitar RM16 untuk seharian bekerja, iaitu untuk tempoh masa 12 jam. Selain itu, kehadiran pekerja asing di Malaysia menyebabkan rakyat Malaysia tidak mahu bekerja. Rakyat tempatan tidak mahu bekerja disebabkan oleh beberapa faktor seperti sikap, gaji, dan disiplin. Di samping itu, terdapat juga faktor penolakan dan faktor penarikan seperti gaji dan bonus serta cuti.

Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan seperti menggubal gaji minimum kebangsaan dan melaksanakan program brain drain. Antara langkah yang dilakukan ialah:

  • · Menghubung kedutaan Negara lain untuk mencari rakyat Malaysia yang tinggal di Negara lain
  • · Membina jalinan hubungan untuk menyediakan peluang kerja untuk mereka yang ingin balik ke Malaysia
  • · Menilai semula kadar upah kebangsaan

Dalam Kedai Kopi ini sendiri, pelajar-pelajar juga turut mencadangkan beberapa jalan penyelesaian terutamanya untuk mengatasi masalah untuk graduan-graduan yang ingin pulang misalnya program yang disediakan tidak kena dengan tahap kemahiran yang dipunyai graduan. Saudara Fuad memberi pandangan untuk pelajar-pelajar luar Negara supaya “membawa pulang emas dari negeri luar ke negeri sendiri”. Perbezaan yang dapat dikenalpasti antara Negara luar dan Malaysia ialah masalah diskriminasi, dan sikap kebergantungan pada orang lain dengan sentiasa mengharapkan bantuan. Saudara Farid menambah bahawa di Negara luar, pelajar dilihat lebih menjaga diri dan hal terutama urusan makanan halal dan haram dan banyak belajar tentang agama. Akhir sekali, hal ini dilihat sebagai keperluan toleransi antara semua pihak dengan menfokuskan kepada perubahan mentaliti sendiri berdasarkan perbincangan dan bertukar fikiran sesama sendiri. Pelajar perlu berfikir dengan lebih meluas dan memikirkan sebab kita dihantar belajar ke luar Negara. Di samping itu, perlu ada perasaan ingin merubah Malaysia dalam setiap pelajar. Cara hidup dan etika kerja di Negara luar perlu diketahui dan dimanfaatkan di Negara sendiri. Pemikiran yang lebih terbuka dan penerimaan masayarakat juga penting untuk mengatasi masalah ini. Kesimpulannya, kedua-dua pihak yang perlu bertindak dengan lebih bijak dan saksama, bukan dengan cara yang terlalu tegas dan memaksa. Semua pihak harus bertolak ansur supaya masalah ini dapat mencapai jalan penyelesaian.

0 comments:

Post a Comment