Friday, November 13, 2009

RAMAI TAPI SIKIT!

Salam,

Kita selalu dengar di segenap pelosok dunia, umat Islam ditindas dan dizalimi. Setiap kali berita ini diwar-warkan di media massa, maka ramailah yang melahirkan rasa simpati. Sumbangan begitu banyak dihulurkan. Apa yang menghairankan, sebahagian besar sumbangan itu bukan datangnya daripada masyarakat Islam itu sendiri. Oleh itu, saya sering tertanya-tanya, adakah umat Islam semakin pupus? Adakah umat Islam itu sengaja memekakkan telinga mereka? Adakah umat Islam itu sengaja membutakan mata mereka? Jika Ya, memang benarlah tekaan saya bahawa Umat Islam itu ramai, namun yang berjuang untuk mempertahankan Islam itu adalah sangat sedikit bilangannya.

Jika kita kecilkan skop ini kepada ruang lingkup sesuatu organisasi. Sebahagian besar organisasi mempunyai begitu ramai ahli. Sebahagiannya, bilangan ahlinya kelihatan lebih gah daripada bilangan aktiviti yang dijalankan. Namun apa yang menyedihkan, bagi setiap kali aktiviti yang dijalankan, hanya karakter yang sama sahaja kelihatan begitu sibuk ke sana ke mari menyiapkan tugasan. Susuk tubuh mereka yang lain langung tidak kelihatan, Yang kedengaran hanya suara-suara kritikan yang tidak disusuli dengan apa-apa tindakan. Memang Ya, kritikan itu amat-amat dialukan, namun kritikan tanpa disusuli dengan tindakan hanya menampakkan pengkritik itu kelihatan dungu. Bak kat orang muda-muda, "Cakap nak lebat je!" Oleh itu, begitu menjadi harapan saya, bahawa, Kelab UMNO ini tidaklah menjadi sebahagian daripada organisasi yang digambarkan seperti diatas. Setiap karakter dalam Kelab ini diharap dapat menjadi aset penting kelab dalam memastikan kelab ini sentiasa dipersada kejayaaan.

Wasalam,
Shahrir Tamrin

2 comments:

khalid saifullah said...

salam,shaker,,galak berpolitik nampak,,hehe

Anonymous said...

hebat Mr President...terus mara!

Post a Comment