Saturday, May 2, 2009

Majlis Makan Tengahari dan Perjumpaan Bersama Dato’ Dr. Awang Adek Hussin




Pada hari Selasa 28 April 2009, lebih kurang 10 orang ahli kelab UMNO NY-NJ termasuk presiden, Muhd Shahrir Tamrin telah menghadiri Majlis Makan Tengahari dan Perjumpaan Bersama Dato’ Dr. Awang Adek Hussin. Beliau adalah Timbalan Menteri Kewangan Malaysia yang terbaru. Majlis tersebut diadakan di Consulate General of Malaysia di New York. Majlis tersebut turut dihadiri pelajar -pelajar universiti dan professional-profesional Malaysia dari sekitar New York terutamanya.

Majlis makan tengah hari itu disusuli dengan ucapan Dato' lebih kurang selama 40 minit. Menurut beliau, walaupun keadaan ekonomi di Malaysia sedikit merudum, namun jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia masih mencatatkan perkembangan ekonomi positif. Kerajaan juga telah mengambil beberapa langkah untuk merancakkan kembali industri ekonomi negara seperti menarik lebih ramai pelabur asing ke negara kita. Beliau juga turut mengulas mengenai tindakan kerajaan yang baru-baru ini telah membuka 30% kuota dalam 27 sektor perkhidmatan awam kepada bangsa asing. Beliau menegaskan bahawa tindakan ini bukan sahaja bertujuan merancakkan ekonomi Malaysia malah menggalakkan kaum bumiputra supaya lebih bersaing dengan bangsa lain untuk menerajui ekenomi negara.

YB Dato' juga turut menceritakan serba-sedikit pengalaman beliau belajar di Drake University, NJ dan bagaimana beliau begitu memahami kehidupan para pelajar universiti yang berdekatan dengan Manhattan, NY.






2 comments:

Anonymous said...

bila masa pulak calon 'Menteri Besar Kelantan'2008 ni bergelar YB? Bukan ke dia kalah kedua2 kerusi parlimen & DUN kt Kelantan?
Konpius btol aku.....

Unknown said...

tak mintak elaun naik ke for Stevens? tsk tsk tsk

Post a Comment