Saturday, February 14, 2009

SEKULARISME

Sekularisme merupakan satu ideologi yang cukup sinonim dengan masyarakat dunia umumnya. Ideologi ini sangat berbahaya dan mampu membawa kepada kehancuran jika ianya dibiarkan meresap masuk ke dalam minda masyarakat. Lihatlah apa yang terjadi kepada negara-negara berfahaman sekular dimana agama hanya diperuntukkan untuk aktiviti-aktiviti yang berunsur ketuhanan sahaja. Dengan erti kata lain, agama dipisahkan secara total daripada segala hal-hal dan urusan harian. Segala urusan harian hanya disandarkan kepada nilai-nilai moral bagi menentukan baik buruk sesuatu perkara. Alahai, sejauh mana lah nilai-nilai moral ini mampu mengawal perangai manusia yang semakin taksub dan rakus dengan urusan duniawi? Tambahan pula, nilai-nilai moral merupakan sesuatu yang relatif dan abstrak. Ia nya bergantung dan berubah mengikut definisi dan pemahaman individu. Ini sangat berbeza dengan hukum agama dimana hukum mengenai sesuatu perkara itu sangat jelas dan nyata.

Namun, mungkin ramai yang menyokong tentang peri pentingnya sekularisme. KONONNYA, ideologi ini mampu menjamin pembangunan sesuatu tamadun. KONONNYA, apabila agama dicampur adukkan dalam kehidupan seharian, ia boleh menyekat kemajuan sesuatu bangsa. Sebenarnya mereka ini silap ataupun kurang faham mengenai konsep sebenar kemajuan. Kemajuan bukanlah hanya dilihat dan diukur daripada sudut materialistik sahaja. Kemajuan itu haruslah dinilai dari segala sudut dan aspek. Lihat sahaja kepada bangsa Yahudi. Adakah mereka ini boleh dianggap sebagai bangsa yang maju? Adakah mereka ini boleh dianggap sebagai bangsa yang terkehadapan? Sudah tentu jawapannya YA jika kemajuan itu dinilai dari satu sudut sahaja (materialistik). Masakan tidak, mereka memiliki ramai jutawan, dan ilmuwan. Persoalannya berapa ramaikah diantara mereka yang jiwanya dan pemikiranya bebas dari sifat dengki dan khianat? Berapa ramaikan diantara mereka dihatinya masih memiliki nilai dan sifat kasih sayang? Apa gunanya mempunyai otak yang geliga tetapi hatinya kosong!

Oleh itu, bagi mereka yang percaya dan taksub dengan pemahaman dan ideologi SEKULARISME, cuba fikirkan sejenak jawapan kepada persoalan-persoalan di bawah:

• Apa gunanya menjadi ilmuwan terbilang jika jiwanya kosong?
• Apa gunanya menjadi ahli perniagaan yang gah jika hatinya gelisah?

OLEH ITU, MARILAH SAMA-SAMA KITA GANTIKAN PEMIKIRAN SEKULAR KEPADA PEMIKIRAN BERAGAMA.

0 comments:

Post a Comment