Saturday, February 21, 2009

10 TABIAT ROSAKKAN OTAK

1. Tidak mengambil sarapan pagi...

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


Renungan:

Al Anbiyaa’ (ayat 105)
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".

Nota: Artikel ini diterima melalui email daripada seorang kenalan.

Wednesday, February 18, 2009

SELAMAT HARI LAHIR AIMAN!

Alhamdulillah pada 17 Februari 2009, saya bersama teman-teman yang lain sempat menyambut ulangtahun kelahiran Aiman (Pen. Ketua Penerangan) yang ke-20..Walaupun sambutannya ala kadar saja, namun kesannya amat mendalam..Di harap saudara Aiman dapat meneruskan kehidupan yang lebih cemerlang pada masa hadapan..Kami Kelab UMNO NY/NJ mengucapkan selamat maju jaya kepadanya..Semoga ukhwah yang dibina terus teguh..

Shahrir

Saturday, February 14, 2009

SEKULARISME

Sekularisme merupakan satu ideologi yang cukup sinonim dengan masyarakat dunia umumnya. Ideologi ini sangat berbahaya dan mampu membawa kepada kehancuran jika ianya dibiarkan meresap masuk ke dalam minda masyarakat. Lihatlah apa yang terjadi kepada negara-negara berfahaman sekular dimana agama hanya diperuntukkan untuk aktiviti-aktiviti yang berunsur ketuhanan sahaja. Dengan erti kata lain, agama dipisahkan secara total daripada segala hal-hal dan urusan harian. Segala urusan harian hanya disandarkan kepada nilai-nilai moral bagi menentukan baik buruk sesuatu perkara. Alahai, sejauh mana lah nilai-nilai moral ini mampu mengawal perangai manusia yang semakin taksub dan rakus dengan urusan duniawi? Tambahan pula, nilai-nilai moral merupakan sesuatu yang relatif dan abstrak. Ia nya bergantung dan berubah mengikut definisi dan pemahaman individu. Ini sangat berbeza dengan hukum agama dimana hukum mengenai sesuatu perkara itu sangat jelas dan nyata.

Namun, mungkin ramai yang menyokong tentang peri pentingnya sekularisme. KONONNYA, ideologi ini mampu menjamin pembangunan sesuatu tamadun. KONONNYA, apabila agama dicampur adukkan dalam kehidupan seharian, ia boleh menyekat kemajuan sesuatu bangsa. Sebenarnya mereka ini silap ataupun kurang faham mengenai konsep sebenar kemajuan. Kemajuan bukanlah hanya dilihat dan diukur daripada sudut materialistik sahaja. Kemajuan itu haruslah dinilai dari segala sudut dan aspek. Lihat sahaja kepada bangsa Yahudi. Adakah mereka ini boleh dianggap sebagai bangsa yang maju? Adakah mereka ini boleh dianggap sebagai bangsa yang terkehadapan? Sudah tentu jawapannya YA jika kemajuan itu dinilai dari satu sudut sahaja (materialistik). Masakan tidak, mereka memiliki ramai jutawan, dan ilmuwan. Persoalannya berapa ramaikah diantara mereka yang jiwanya dan pemikiranya bebas dari sifat dengki dan khianat? Berapa ramaikan diantara mereka dihatinya masih memiliki nilai dan sifat kasih sayang? Apa gunanya mempunyai otak yang geliga tetapi hatinya kosong!

Oleh itu, bagi mereka yang percaya dan taksub dengan pemahaman dan ideologi SEKULARISME, cuba fikirkan sejenak jawapan kepada persoalan-persoalan di bawah:

• Apa gunanya menjadi ilmuwan terbilang jika jiwanya kosong?
• Apa gunanya menjadi ahli perniagaan yang gah jika hatinya gelisah?

OLEH ITU, MARILAH SAMA-SAMA KITA GANTIKAN PEMIKIRAN SEKULAR KEPADA PEMIKIRAN BERAGAMA.

Sunday, February 8, 2009

Kejohanan Bola Tampar Stevens






Apakah? = Kejohanan Bola Tampar Terbuka Stevens.
Bilakah? = February 7, 2009. 7pm-10pm.
Dimanakah? = Walker Gym, Stevens Institute of Technology
Siapakah yang terlibat? = 30 pelajar Stevens + 3 pelajar Rutgers University
Kenapakah? =
*Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli UMNO.
*Memupuk budaya bersukan di kalangan pelajar walaupun sibuk dengan
assignment.
*Memupuk kerjasama sesama rakan sepasukan.
*MAJULAH SUKAN UNTUK UMNO...
Bagaimanakah? =......

STRUKTUR ORGANISASI AJK KELAB 2009



PENGERUSI: Mohamad Shahrir Tamrin (Stevens)


TIMB. PENGERUSI: Nur Adilah binti Mohamed Rosli (RIT)

NAIB PENGERUSI 1: Muhammad Shahir bin Zainal (Stevens)

NAIB PENGERUSI II: Zainal Lutfi bin Zainal Fitri (Rutgers)

NAIB PENGERUSI III: NurFauzana bt. Mohd Kasim (RIT)

SETIAUSAHA: Muhammad Redzuan bin Khairun (Stevens)

PEN. SETIAUSAHA: Norkhairin Yusof (RIT)

BENDAHARI: Mohd. Farhan bin Hassan (Stevens)

PEN. BENDAHARI:Nur Aishah Mohd Nayan

KETUA PENERANGAN: Muhamad Razaleigh bin Zulkifli (RPI)

PEN. KETUA PENERANGAN: Mohd Aiman bin Abdul Jallil(Stevens)