Sunday, May 24, 2009

Summer Camp 2009

We would like to invite anyone who's interested to join.it's gonna be fun!


SUMMER CAMP 2009

Tarikh: 7 hingga 9 Ogos 2009

Tempat: Pusat Bina Semangat YPJ, Mersing, Johor

Peserta: 60 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 dari tiga buah sekolah:

i) SM Sains Sultan Iskandar

ii) SMK Seri Mersing

iii) SMK Anjung Batu

Urusetia dan Facilitator: 20 orang pelajar/ahli KULN NY-NJ

Interested?

Get Haidhar at junicho_hideo@yahoo.com or just leave a comment bellow


Saturday, May 2, 2009

Final's Week

UMNO Club NY NJ would take this opportunity to wish Malaysian students all around the States the very best of luck in their upcoming finals. You guys can do it! Caiyok!

-UMNO Club NY NJ

Majlis Makan Tengahari dan Perjumpaan Bersama Dato’ Dr. Awang Adek Hussin




Pada hari Selasa 28 April 2009, lebih kurang 10 orang ahli kelab UMNO NY-NJ termasuk presiden, Muhd Shahrir Tamrin telah menghadiri Majlis Makan Tengahari dan Perjumpaan Bersama Dato’ Dr. Awang Adek Hussin. Beliau adalah Timbalan Menteri Kewangan Malaysia yang terbaru. Majlis tersebut diadakan di Consulate General of Malaysia di New York. Majlis tersebut turut dihadiri pelajar -pelajar universiti dan professional-profesional Malaysia dari sekitar New York terutamanya.

Majlis makan tengah hari itu disusuli dengan ucapan Dato' lebih kurang selama 40 minit. Menurut beliau, walaupun keadaan ekonomi di Malaysia sedikit merudum, namun jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia masih mencatatkan perkembangan ekonomi positif. Kerajaan juga telah mengambil beberapa langkah untuk merancakkan kembali industri ekonomi negara seperti menarik lebih ramai pelabur asing ke negara kita. Beliau juga turut mengulas mengenai tindakan kerajaan yang baru-baru ini telah membuka 30% kuota dalam 27 sektor perkhidmatan awam kepada bangsa asing. Beliau menegaskan bahawa tindakan ini bukan sahaja bertujuan merancakkan ekonomi Malaysia malah menggalakkan kaum bumiputra supaya lebih bersaing dengan bangsa lain untuk menerajui ekenomi negara.

YB Dato' juga turut menceritakan serba-sedikit pengalaman beliau belajar di Drake University, NJ dan bagaimana beliau begitu memahami kehidupan para pelajar universiti yang berdekatan dengan Manhattan, NY.