Friday, February 12, 2010

KEPUTUSAN PEMILIHAN PRESIDEN KELAB UMNO SESI 2010/2011

Salam,

Sepertimana yang digembar-gemburkan, berikut adalah keputusan undian bg Pemilihan Presiden Kelab UMNO 2010/2011:

* Sila klik untuk Imej yg lebih jelas.

Oleh itu, saya, Mohamad Shahrir Tamrin, selaku AJK Pemilihan, secara rasminya mengumumkan bahawa jawatan Presiden bg Kelab UMNO 2010/2011, jatuh kepada Amer Shukri Abd Rani (Rochester Institute of Technology). Dengan itu, ahli Jawatankuasa Kelab UMNO sesi 2009/2010, secara rasminya dibubarkan..

Sekian.

Yang Menjalankan Tugas,
MOHAMAD SHAHRIR TAMRIN



Wednesday, February 10, 2010

Candidates for the Presidency Election!



1. Muhammad Zahid Azmi (Rutgers University)

a) Visi:
  • Menjana pemimpin masa hadapan yang versatile
b) Misi:
  • Meningkatkan kredibiliti dan keyakinan pelajar

c) Aktiviti Utama Sekiranya Dipilih:

  • Penjelajahan ke National Park dan Monthly Gathering (ahli tertinggi Kelab)
d) Motto:
  • Melangkah bersama untuk mencerna kehebatan pemuda masa hadapan



2. Amer Shukri Abd Rani (Rochester Inst of Technology)

a) Visi
  • Membangunkan pemikiran dan sikap professionalism pelajar-pelajar luar Negara terhadap pembangunan negara Malaysia dari segala segi
b) Misi
  • Mengasah dan membina peribadi sebagai pelajar-pelajar luar Negara yang mempunyai visi dan misi sendiri dalam menghadapi arus dunia yang serba mencabar.
  • Memupuk pemikiran bersifat analisis dan kreatif dalam melihat sesuatu masalah yang berkaitan diri pelajar tidak kira dari segi sahsiah diri sendiri, komuniti pelajar Malaysia di luar Negara, mahupun masalah agama, bangsa dan tanah air kita di Malaysia.
  • Membantu memahirkan diri bersikap lebih terbuka dan bertindak secara rasional dalam memahami sesuatu masalah dan krisis yang timbul dari kalangan pelajar luar Negara yang berkaitan dengan maslahah diri sendiri, agama, bangsa mahupun Negara Malaysia.

c) Aktiviti Utama Sekiranya Dipilih:

  • Program ilmiah seperti Alif Ba Ta wajar diteruskan kerana ilmu dan pedoman yang

    disampaikan penting dalam memupuk pelajar supaya lebih arif dan peka terhadap isu-isu

    sosial dan isu-isu Negara.

  • Program berbentuk perbincangan dalam komuniti pelajar-pelajar Malaysia agar mereka sentiasa mendapat isu-isu semasa supaya lebih peka dan bersedia.

d) Motto:
  • It’s not your choice to be bad; it’s not your thought to be wrong. It’s the ignorance.



3. Muhammad Syahir Zainal (Stevens Inst of Technology)

a) Misi & Visi:

  • Membentuk Ahli UMNO NY-NJ kearah ahli yang muttaqin, 'amilin dan 'alamiin seiring dengan pembentukan mu'minin kelas pertama. Apabila 3 pencapaian ini tercapai, maka sudah pasti ahli kelab UMNO NY-NJ sudah memahami dan tidak menyeleweng dari melaksanakan tugasan sebagai hamba tuhan dan rakyat Malaysia yang cemerlang. (kata ringkasnya ialah pengislahan dan pe-musleh-an)

b) Aktiviti Utama Sekiranya Dipilih:

  • Memilih sekolah angkat bagi setiap lokaliti yang menjadi medan untuk berbakti dan mempraktikkan nilai-nilai kemasyarakatan ketika berada di Amerika Syarikat.
  • Mengadakan Seminar Kerjaya
  • Mengadakan Study Circle setiap minggu.

c) Motto:
  • Islah dan Musleh ( memperbaiki diri dan memperbaiki masyarakat


Wednesday, January 20, 2010

New Election Is Now Around The Corner!

Dear Friends,

I would like to announce that the current committee of Kelab UMNO New York - New Jersey is now dismissed. This dismissal will take effect on January 21, 2009 (Thursday). Hence, we need a fresh election as to choose a new President. Then, the new President will appoint his new committee members. Unlike before in which the election was only restricted to Stevens students, this year election would include three major universities, which are Stevens, RIT, and Rutgers. Thus, I really need your cooperation to choose only a person, whom you think is capable to run this club. Here is the format of this election:

NOMINATION PROCESS:

1. The nomination is a week-due process (from Jan 21 - Jan 28)
- for Stevens students, please send your the names to Shahrir at sha_k89@yahoo.com.my; RIT to Adilah at dladepalma@yahoo.com; Rutgers to Zainal at

2. The nominee with highest nomination for each school will be represeting his/her particular school. It means that during the election, there would be only three candidates, each comes from different schools. In case there are few nominees with the same number of nomination, we, the election committee will choose only one of them whom we think is the best. Of course, there are few means used by us to evaluate them.

3. The nominee can be any person, from Freshies to Upperclassmen. But, a person with vast experience in leadership is preferred.

4. Students can nominate the current committee members to compete in this election. Yet, the CURRENT PRESIDENT IS NOT ELIGIBLE FOR THIS NOMINATION. Also, these names will be out of nomination since they are the election committee members:

1. Mohamad Shahrir Tamrin (Stevens)
2. Nur Adilah Mohd Rosli (RIT)
3. Nur Fauzana Kasim (RIT)
4. Zainal Lufti (Rutgers)
5. Muhammad Redzuan Khairun (Stevens)

CAMPAIGN PROCESS:

1. Those selected nominees will be given a week (Jan 29 - Feb 4) to promote themselves to others. They can get full access to our official blog for the sake of his/her campaign. Nevertheless, NO MONEY POLITICS IS ALLOWED.

2. These nominees are advised to use this period to explain their vision, and mission as the new President, if elected.

3. No personal attack is allowed!

ELECTION-DAY:

1. Since the number of students for each universities differs from one to another, there would be a high tendency for students from one particular school to elect their own representatives. Hence, to avoid such immatured action to happen, each students has to vote 2 out of three candidates. Votes with more or less than 2 will be rejected.

2. To ensure that only a very good person is elected, this process will be conducted in the following way:
70 % will come from the election itself.
30 % will come from the election committee itself

3. The date of this election-day will be determined later. (as of now, the suggested date is Feb 6)



Regards,
Mohamad Shahrir Tamrin

Saturday, December 12, 2009

PEMBAYARAN SUBSIDI KEPADA PESERTA ALIF BA TA 2009

Salam,

Urusan pembayaran subsidi kepada peserta -peserta Alif Ba Ta 2009 (pelajar yang bukan dari RIT) akan dilakukan selewatnya-lewatnya pada hari Selasa ini (12/15/09). Bayaran akan dilakukan melalui PayPal. Oleh itu, sila serahkan butiran PayPal anda sebelum hari Selasa ini untuk memudahkan urusan pembayaran. Butiran tersebut boleh dihantar ke alamat email berikut:

sha_k89@yahoo.com.my

Sekian.
Mohamad Shahrir Tamrin

Wednesday, December 9, 2009

Pembubaran AJK Kelab UMNO NY-NJ Sesi 2009

Salam,

Alif Ba Ta 2009 merupakan aktiviti terakhir bagi Kelab UMNO Sesi 2009. Maka tiada apa-apa aktiviti yang bakal dikendalikan oleh AJK Kelab Sesi 2009 selepas daripada ini. Tarikh rasmi pembubaran akan dimaklumkan kemudian (insha Allah, tidak lama lagi)

Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa yang telah banyak membantu saya dalam mengendalikan Kelab selama setahun. Ribuan ampun juga dihulurkan andai kata segala keputusan yang dibuat tidak disenangi oleh sesetengah pihak.

Akhir kata, Yang Baik Datang Dari ALLAH SWT, Yang buruk itu juga datang dari-NYA tetapi atas kelemahan dan kedangkalan diri ini. Sekian

Mohamad Shahrir Tamrin

Sunday, December 6, 2009

Keputusan PHOTO CONTEST 2009 Sempena Sambutan Ulang Tahun Malaysia


Sempena sambutan ulangtahun Hari Malaysia pada 16 September yang lalu, Kelab UMNO NY-NJ telah menganjurkan pertandingan fotografi Photo Contest 2009 yang bertemakan "Selamat Hari Malaysia." Pertandingan yang dianjurkan dari 16 September hingga 16 Oktober yang laul tersebut telah berjaya menarik sebanyak 26 penyertaan gambar.

Setiap gambar diadili oleh beberapa orang panel berdasarkan empat kriteria iaitu kreativiti, ketepatan dengan tema, teknikality dan mesej gamabr. Walaupun begitu, nama para panel terpaksa dirahsiakan atas sebab keselamatan peribadi.

Senarai hadiah yang ditawarkan seperti berikut:

Pertama: Wang tunai $80
Kedua: Wang tunai $60
Ketiga: Wang tunai $30
3 x Saguhati: $10


Maka, pemenangnya adalah seperti berikut:

Pertama: Muhammad Syahir bin Zainal (Stevens)
Kedua: Nur Adilah Rosli (RIT)
Ketiga: Syuhadatul Syamim Ebining Amir (Stevens)
Saguhati: Mohd Farhan Hasan (Stevens), Nur Nabihah Hashim (RIT), Muhammad Azhari Azmi (Stevens).

Keputusan adalah muktamad dan segala bantahan/rayuan/rasuah akan ditolak sama sekali.Tahniah kepada para pemenang. Pemenang akan dihubungi untuk urusan penerimaan hadiah. Dan tahniah juga kepada semua peserta kerana telah menunjukkan semangat cintakan tanah air.

Berikut adalah gambar-gambar para pemenang.Enjoyyyy!!!:


1) Tempat pertama: Muhammad Syahir Zainal
Mesej: "Sept 16, Malaysia Day".


2) Tempat kedua: Nur Adilah Rosli
Mesej:"We are showing the sign for ‘1Malaysia’ in American Sign Language. We don’t discriminate people against colors, religions, let alone physical characteristics. One nation undivided, 1Malaysia."


3) Tempat ketiga: Syuhadatul Syamim
Mesej: "Malaysia diibaratkan sebagai kanvas putih selepas menyambut kemerdekaan yang pertama. Variasi jenis corak diwarnakan mengikut pelbagai acuan, namun kanvasnya tetap sama."


4) Saguhati: Mohd Farhan Hasan
Mesej: "The photo showing one spirit to celebrate Hari Malaysia even though he is far from his beloved country and need to work all by himself. The picture depicts he is trying to hang the 'Jalur Gemilang' after written down 'Selamat Hari Malaysia' and set up the beautiful yellow light at the surrounding."
5) Saguhati: Nur Nabihah Hashim
Mesej: "We are 1!!"

6) Saguhati: Muhammad Azhari Azmi
Mesej: "Mercu tanda yang menyatukan 1 malaysia dan mendukung cita2 "1 Malaysia."


Sekian terima kasih.












Friday, December 4, 2009

"Alif Ba Ta 2009" Kick-Off Time : Dec 4, 2009 (5.30 - 7.30 pm)

Salam,

"Alif Ba Ta 2009" First Event:

Time :5.30 pm - 7.30 pm
Venue : Clark C, Rochester Institute of Technology
Topics to be discussed :1) DEB
2) Malaysian Education
3) Vision 2020

Moderator : Dr. Bakri Musa

Dr.Bakri would also be discussing on Shahnon Ahmad's novel Ranjau Sepanjang Jalan. The synopsis of the novel is posted below.

Again, come prepared with questions and opinions/ideas. Let's celebrate the diversity of opinions and ideas.



karya: SN shahnon ahmad
tajuk: ranjau sepanjang jalan
terbitan: alaf 21

Sinopsis
Kisahnya berkisar sebuah keluarga petani: Lahuma si bapa, Jeha si ibu dan tujuh anak perempuan mereka; Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah, yang hidup pada pertengahan abad ke-20.

Menjadi keluarga anak tani bukannya mudah. Mereka mengusahakan sawah mereka dengan penat jerih. Hidup dan mati mereka semuanya bergantung pada hasil padi. Padi menjadi segala-galanya.Makanan. Wang. Semuanya datang daripada hasil padi. Walau untuk satu musim, padi tidak boleh terkurang.

Kedaifan keluarga petani ini bertambah teruk apabila Lahuma meninggal dunia akibat terpijak onak nibung. Sebelum itu, selalunya Lahuma mengerjakan sawah mereka dan dibantu oleh Jeha. Tetapi dengan ketiadaan Lahuma, Jeha bersama anak-anak perempuannya pula memikul beban mengerjakan sawah. Namun tenaga Lahuma tidak terganti walaupun dengan gabungan tenaga Jeha dan anak-anak perempuannya.

Mereka mempertahankan pokok-pokok padi mereka daripada banjir, serangan ketam dan burung-burung tiak. Pokok padi boleh mati jika ditenggelami air. Ketam-ketam mematahkan tangkai padi yang muda. Bila padi mula menguning, burung tiak pula datang menyerang, memakan padi.

Malangnnya Jeha tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya sendirian tanpa Lahuma. Banjir, serangan ketam-ketam dan burung-burung tiak menjadikan Jeha tidak keruan dan akhirnya Jeha menjadi gila; meninggalkan pula beban mengusahakan sawah kepada anak-anak dara Jeha.