Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, pada tanggal 29 Disember - 31 Disember 2013 yang lalu, buat kesekian kalinya KULN New York - New Jersey dengan bantuan pihak Badan Perhubungan Negara UMNO Amerika Syarikat dan pihak Education Malaysia telah menganjurkan program tahunan kami, Alif Ba Ta (ABT).
ABT kali ini telah bertempat di Orlando, Florida dan telah menyaksikan kedatangan pelajar bukan sahaja dari East Region, malah pelajar dari bahagian Midwest. Antara tetamu jemputan adalah Ustaz Fathul Bari Mat Jahya (penasihat shariah TEKUN Nasional), Dr. Posiah Mohd Isa (Pengarah Education Malaysia Washington D.C), Puan Azimah Aziz (Pengarah Education Malaysia Chicago), pegawai - pegawai Education Malaysia dan juga pegawai-pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Washington D.C.
Seramai 22 orang pelajar telah menyertai ABT tahun ini yang bertemakan rehlah ilmu. Pelajar-pelajar yang hadir adalah daripada:
Rutgers University, The State University of New Jersey
University at Buffalo, The State University of New York
Rochester Institute of Technology
Stevens Institute of Technology
Pennsylvania State University
Northern Illinois University
Fokus ABT kali ini lebih kepada memberi pengisian rohani kepada para pelajar memandangkan tarikh ABT ini diadakan adalah tatkala kebanyakan pelajar sedang bercuti Winter Break. Sesi pengisian rehlah ilmu ini diterajui oleh Ustaz Fathul Bari sebagai speaker utama, dah Ustaz Hijaz Ramli, attache pendidikan daripada Education Malaysia Washington D.C.
Antara topik yang disentuh adalah fiqh luar negara yakni cara beribadat sewaktu bermusafir dan sebagainya, sesi pelajaran hadis, serta perihal isu kalimah Allah dan isu-isu agama di Malaysia. Bagi yang ingin mendengar ceramah-ceramah Ustaz Fathul Bari, sila subscribe laman YouTube Badan Perhubungan Negara Amerika Syarikat dan dapati 11 audio yang telah dimuatnaik di sana.
Selain itu, program ini turut memberi nilai tambah lain kepada para pelajar dengan kehadiran attache Pertanian Washington D.C. yang menyampaikan sesi "Pertanian adalah Perniagaan". Sesi ini mendedahkan para pelajar akan peluang dan selok-belok untuk terlibat dalam bidang pertanian dan import-eksport hasil pertanian Malaysia dengan Amerika Syarikat.
Kami juga berkesempatan menjelajah bandar Orlando bersama para pegawai dan tetamu kehormat pada waktu petang hari kedua program. Kembara pendek kami sebenarnya bertujuan untuk melawat sebuah masjid yang terletak di bandar Orlando.
Sesungguhnya program ABT kali ini sememangnya padat dengan ilmu yang tidak mungkin boleh diperolehi oleh para pelajar di kuliah harian mereka. Harapan para peserta adalah supaya program seperti ini dapat dianjurkan lagi di masa akan datang.
Wallahua'lam.
Ustaz Fathul sedang mengajar elemen-elemen hadis. |
Dari kiri: Dr.Posiah, Afiq Hassan (Pengerusi, Badan Perhubungan Negara UMNO Amerika Syarikat), dan Ustaz Fathul Bari. |
Para peserta, tetamu jemputan dan pihak penganjur mengabdikan kenangan bersama. |
Reaksi Ustaz Fathul tatkala diminta untuk mendendangkan sebuah nasyid oleh Ustaz Hijaz. |
Ustaz Fathul sedang memikirkan nasyid yang bakal didendangkan. |
Disediakan oleh:
Farhana Mohamad Shafi
Naib Presiden
KULN NY - NJ 2014/15
Farhana Mohamad Shafi
Naib Presiden
KULN NY - NJ 2014/15
0 comments:
Post a Comment