Alhamdulillah, Alif Ba Ta 2012 telah melabuhkan tirainya pada 19 Februari
2012 di RIT. Program ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mengenal
lagi tentang tema program ini, iaitu “The Conflict of Generation: The Character and
Significance of Student Revivalism”. Jutaan
terima kasih diucapkan kepada tetamu-tetamu jemputan, Speakers, dan
peserta-peserta yang mengikut program ini selama dua hari.
Para peserta berpeluang untuk mendengar penyampaian-penyampaian yang sungguh menarik berkenaan Karakter sebagai warganegara Malaysia, Mahasiswa dan pemimpin dunia daripada YB Zulkifli Nordin, Professor Muhammad serta Dr. Habibah. Sebagai seorang
warganegara Malaysia, seseorang itu perlu mengekal nilai-nilai(values)
ketimuran seperti memberi salam dan menghormati orang tua. Sekarang ini, cara
penyampaian nilai-nilai ini yang salah menyebabkan keruntuhan akhlak seseorang.
Seseorang perlu ada kayu penyukur (yard
stick) sebagai panduan dalam melakukan sesuatu perkara.
Bagi
seseorang yang memegang label Mahasiswa dalam dirinya hendaklah menunjukkan
kebolehan dalam setiap perkara terutamanya communication
skills, time management dan self-esteem. Selain itu, para peserta
ditekan tentang keutamaan sebagai seorang Mahasiswa atau pelajar. Tetapi bukan
semata-mata untuk belajar, tetapi mengambil peluang untuk berinteraksi dengan
pelajar-pelajar lain dan meningkatkan daya kepimpinan diri sendiri.
Karakter
sebagai pemimpin dunia pula adalah mengenal sejarah dan mengenalpasti kekuatan
sesebuah negara itu. “Belajar daripada sejarah”, itulah yang diungkapkan
daripada Professor Madya Muhammad Hussin. Selain itu seorang pemimpin perlulah
membezakan antara Reality dan Idealisma.
Para
peserta dan Speakers ada juga mengetengahkan tentang isu AUKU. Sesetengah berpendapat bahawa AUKU perlu
dimansuhkan tetapi pada hakikatnya AUKU telah diubahsuai dari satu fasa ke satu
fasa. Setiap perubahan yang dibuat adalah meringankan akta ini. Contohnya para
Mahasiswa dibenarkan untuk menyuarakan pendapat atau berpolitik melalui Badan
Bukan Kerajaan (NGOs). Kerajaan masih dalam perbincangan untuk menyelesaikan
masalah penentangan AUKU ini.
Pada
keseluruhannya, para peserta ditegaskan untuk memegangkan dan mempraktikkan
nilai-nilai (values) ketimuran yang sedia ada dalam diri kita. Ingatlah asal
usul kita dan belajar daripad sejarah yang telah berlaku. Sebagai pemimpin bagi
generasi akan datang, peserta haruslah sentiasa bertanya kepada diri sendiri,
“Apakah yang boleh saya sumbang kepada masyarakat Malaysia?” Mulai sekarang,
kita hendaklah berfikir tentang cara untuk dan sentiasa berbakti kepada orang
lain (serve the community). Para peserta juga diingatkan tentang
keutamaan sebagi pelajar terutamanya dari segi pencapaian akademik.
Setelah
perbincangan selesai, kami telah mencapai beberapa resolusi yang perlu diambil
perhatian.
- Membenar
pelajar ijazah sarjana muda untuk membuat penyelidikan tanpa memenuhi
syarat-syarat sebagai ijazah sarjana.
- Menyediakan common ground bagi pihak Mahasiswa untuk
menyuarakan cadangan atau isu pada peringkat universiti.
- Membenarkan
Mahasiswa untuk melibatkan diri dalam politik tetapi di bawah pengawasan pihak
tertentu dan mempunyai kecemerlangan akademik.
- Menyediakan
guru-guru yang mengajar pelajar bukan untuk mendapat kecemerlangan akademik
semata-mata tetapi penyediaan diri untuk masa hadapan.
Kesimpulannya,
sebagai generasi muda yang bakal memegang tampuk kerajaan suatu hari nanti,
seseorang itu mesti mengekalkan nilai-nilai ketimuran, mengambil iktibar dari
sejarah, dan berfikir serta bertindak untuk menyumbang sesuatu untuk komuniti
di sekeliling kita. Tidak dilupakan juga, berfikiran rasional apabila mengambil
sesuatu tindakan. Perilaku kita menggambarkan siapa kita. Turun naik sesebuah
kerajaan itu berdasarkan pemuda-pemudanya.
 |
Tema |
 |
Prof. Madya Dr Posiah Mohd Isa
(Tetamu Jemputan) |
 |
YB Zulkifli Nordin |
 |
Dr Habibah |
 |
Prof Madya Dr Muhammad Hussin |
 |
para peserta |
 |
best participant |
 |
menikmati makanan yang dimasak oleh pelajar sendiri |
 |
menjalinkan persahabatan |
 |
takzirah selepas solat |
 |
forum bersama speakers |
 |
penyampaian penghargaan kepada Dr Bib |
 |
penyampaian penghargaan kepada Prof Muhammad |
 |
penyampaian penghargaan kepada Dr Posiah |
 |
Tun Razak Chair session |
Catatan lanjut tentang program Alif Ba Ta 2012 boleh dibaca menggunakan link di bawah :
KLIK DI SINI
Gambar-gambar lain boleh dilihat di Facebook page KULN NY-NJ:
KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR ALIF BA TA
0 comments:
Post a Comment