Seperti yang anda semua sedia maklum, kami telah menjemput beberapa tetamu khas sebagai Speakers untuk ABT 2012. Di bawah ini adalah sedikit pengenalan tentang Speakers kami.
1. YB Zulkifli Noordin
- Merupakan naib presiden Perkasa
- Dilahirkan di Baling, Kedah pada 19 Februari 1962.
- Juga merupakan Peguambela, Peguamcara dan Peguam Syarie.
- Menerima pendidikan awal di Ashby Road (English) Primary School, Ipoh.
- Memasuki Victoria University of Wellington, New Zealand selepas menamatkan pengajian A-Level di Pakuranga College, Auckland
- Merupakan Penasihat Undang-undang, Masjid Jame' Bandaraya Kuala Lumpur
- Pernah menyampaikan ucapan dan pidato di University Columbia, New York dan Cambridge University
2. Prof. Madya Dr. Habibah Hj. Ashari
- Merupakan Tun Abdul Razak Chair di Ohio University bermula pada July 2011.
- Pernah memegang jawatan Pengarah INTEC di UiTM.
- Memulakan pengajian di Educational Testing Service Princeton pada tahun 1987.
- Menerima pendidikan tertinggi Ph.D Curriculum and Instruction di Indiana University pada tahun 1994.
- Melibatkan diri dalam penyelidikan 'Key Performance Indicators/ Governance of Public Universities' sebagai Co-Researcher pada tahun 2006
3. Prof Madya Dr. Muhammad Hussin
- Merupakan Pensyarah Fakulti Pendidikan UKM
- Dilahirkan di Pulau Pinang pada 14 Jun 1962
- Mendapat pendidikan tertinggi Ph.D di Cardiff University, Wales pada tahun 1999 dalam bidang Pendidikan Ekonomi/ Psikologi Pembelajaran
- Pernah dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) Anugerah Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Melaka pada 2004
- Pernah melibatkan diri dalam pelbagai penyelidikan termasuk penyelidikan 'Jatidiri Kebangsaan, Negara Bangsa, Kepelbagaian Budaya dan Globalisasi' pada tahun 2010