Tuesday, November 23, 2010

UMNO Dilema Golongan Mahasiswa Masa Kini

Oleh: Mohamad Safwandi Suaidi

Dalam kesibukan menelaah buku bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Semester yang bakal dihadapi pada beberapa minggu lagi, saya sempat mengambil kesempatan untuk mengunyah beberapa artikel tulisan beberapa professor iaitu penulisan dari Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak ialah Naib Canselor USM mengenai "Pendidikan: Mencari Kebenaran" dan penulisan daripada Professor A. Murad Merican, Pensyarah UTP mengenai "Universiti Kita Ketandusan Idea".

Penulis berasa terpanggil untuk menulis artikel yang bertajuk "Dilemma Golongan Mahasiswa".

Walaupun masih tertalu muda untuk mengasah pena, namun tidak salah rasanya untuk penulis memuntahkan pendapat bagi santapan golongan muda khususnya mahasiswa yang berfungsi sebagai serampang dua mata;

Sebagai membuka minda masyarakat dan sekali gus mengeluarkan pendapat daripada terus dibiarkan menjadi perkasam dalam pemikiran.

Siapa Dia Mahasiswa?

Mahasiswa seperti yang diketahui umum adalah panggilan orang yang sedang menjalani pendidikan tinggi di universiti atau perguruan tinggi.

Mahasiswa Universiti tempatan kita rata-rata berusia 18 hingga 25 tahun.

Mereka termasuk dalam kategori belia menurut Akta Pertubuhan Belia 2007 yang menyatakan bahawa Belia merupakan mereka yang berumur diantara 15 hingga 40 tahun.

Di negara luar, mereka dilayan seperti orang dewasa yang lain.

Akan tetapi belia akan kehilangan beberapa hak yang dinikmati oleh belia yang lain secara automatik sebaik sahaja mendaftakan diri sebagai mahasiswa.

Antara hak-hak tersebut ialah melibatkan diri dalam parti politik. Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 yang berbunyi:

15(5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan Tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, dibawah atau mengikut Perlembagaannya, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap Mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Cabaran Mahasiswa Kini

Pada masa ini, ramai orang menganggap golongan mahasiswa tidak mempunyai kepedulian politik dan isu semasa.

Berbanding dengan mahasiswa zaman 1960-an dan 1970-an, memang mahasiswa pada hari ini nampak lebih akur dengan pihak berkuasa.

Golongan mahasiswa kini turut menghadapi pelbagai cabaran yang rumit.

Hal ini termasuklah sistem pendidikan kita yang caca merba; ekonomi upah rendah; polarisasi kaum; penolakan terhadap konsep berkhidmat untuk masyarakat; dan kekurangan pemimpin muda yang beribawa.

Kemelut melanda demokrasi kita sejak 1980-an di samping cengkaman pemerintahan autoritarian telah menyebabkan ramai anak muda negara kita sinis, malah kecewa dengan politik.

Berikutan kurangnya saluran sesuai untuk mereka menyuarakan pandangan mereka, menerusi undang-undang seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti serta akta 174 melemahkan lagi golongan yang sepatutnya menjadi penggerak politik semula jadi.

Itulah sebabnya mengapa mereka bersikap tidak kisah bermaharajalela.

Lebih menyedihkan lagi ialah kekurangan pemimpin muda yang beribawa dan kesedaran politik dalam kalangan generasi muda Malaysia.

Masalah kepimpinan muda ini berpunca daripada kempimpinan pemuda parti politik yang sering menjadi alat bagi wang dan kuasa, bukannya platform aktivivisme tulen.

Kurangnya kesedaran politik pula menghalang generasi muda menjadi suara dan kuasa dalam politik negara.

Dengan cabaran-cabaran ini, kita boleh memahami mengapa ramai yang pesimis terhadap masa hadapan golongan mahasiswa kita.

Tetapi, janganlah perkecilkan potensi mereka untuk membuat perubahan.

Mari kita ungkap, mari kita singkap kembali sejarah perubahan yang telah dibawakan oleh mahasiswa.

Mahasiswa Dalam Lipatan Sejarah

Dalam sejarah, mahasiswa dari pelbagai negara mempunyai peranan penting dalam sejarah sesuatu negara.

Fakta kes pertama, mahasiswa di negara kita dalam menyertai demonstrasi Baling pada tahun 1974 dimana melibatkan ribuan mahasiswa berhimpun bagi menyertai demonstrasi tersebut.

Pada Ketika itu satu gerakan pelajar telah menyatakan pandangan dan bantahan ke atas apa yang berlaku.

Dalam sejarah, gerakan inilah merupakan gerakan terbesar dan perhimpunan ini dinamakan sebagai 'Perhimpunan Mahasiswa Raksasa'.

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telahpun dirangka awal pada tahun 1971 tetapi peruntukan undang-undang dalam akta tersebut tidak cukup ketat bagi mengekang gerakan mahasiswa pada ketika itu dan ia merupakan salah satu alasan untuk meminda akta tersebut pada tahun 1975.

Dalam sejarah Negara Indonesia pula, Mahasiswa telah mencatatkan sejarah dalam demonstrasi mendesak kepimpinan Presiden Soeharto untuk menurun tahta.

Demonstrasi demi demonstrasi yang dianjurkan oleh mahasiswa dan penawanan bangunan parlimen akhirnya berjaya menumbangkan regim kuku besi Soeharto dan akhirnya pada 21 Mei 1998, Soeharto akhirnya tunduk kepada kehendak rakyat dengan perletakan kuasa selepas memerintah Republik Indonesia selama 32 tahun.

Parti Rakyat Demokratik (PRD) yang ditubuhkan oleh mahasiswa dan anak muda tekah memainkan peranan penting dalam menjatuhkan Arwah Soeharto.

PRD turut bertanding dalam pilihanraya 1999.

Di negara yang terkenal dengan produk-produk seperti LG, Hyundai, samsung dan drama romantis oleh rakyat di negara kita iaitu Korea Selatan, Mahasiswa di negara tersebut juga memainkan peranan mereka dalam peristiwa di Gwangju pada 30 tahun yang lalu.

Di ManaJeneral Chun Doo Hwan merampas tampuk kuasa melalui dan mengamalkan pemerintahan diktator.

Kira-kira 100 orang mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Chonnam berarak menuju ke pintu pagar universiti tersebut yang di kepung oleh tentera.

Mereka membantah tindakan tentera mengambil alih universiti tersebut.

Peristiwa kebangkitan Gwangju menjadi inspirasi kepada pergerakan prodemokrasi di seluruh negara.

Presiden Akhirnya Jeneral Chun Doo Hwan akhirnya terpaksa tunduk kepada Kebangkitan rakyat dan Presiden Roh Tae Woo mengambil alih tempat tersebut.

Dalam melihat hal ini, penulis suka untuk merujuk kepada sebuah buku lama yang diterbitkan pada 1969 oleh Prof Faeur dari Universiti Toronto dalam bukunya The Conflict of Genegration - The Character and Significant of the Student Movement, menyatakan bahawa protes dan bantahan yang ditunjukkan oleh mahasiswa adalah hasil daripada 'konflik generasi' atau Generational Conflict.

Hal ini berpunca daripada perasaan benci atau menyampah 'Generasi Baru' kepada 'Generasi Lama', yang disifatkan tidak bermoral, peradaban yang rosak, lapok, penyalah gunaan kuasa, tidak bertanggungjawab dan melakukan penindasan serta kotor.

Istilah 'Generasi di sini adalah sesuatu yang subjektif, dimana ia mungkin boleh merangkumi universiti, pihak berkuasa, kerajaan atau mungkin masyarakat itu sendiri yang telah rosak peradabannya.

Menghayati sejarah bererti bukan disimpan di dalam peti muzium untuk kenang-kenangan, tetapi sejarah adalah coretan untuk membina sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.

Mahasiswa seharusnya berasa jelek dengan perkataan 'senyap'.

Bersikap apologia dengan 'berdiam diri' dan 'berpeluk tubuh' melihat kecelakaan berlaku kepada umat.

Kalau mahu diteruskan dengan sikap itu, jangan sama sekali mengambil amanah sebagai mahasiswa.

Kekuatan kepimpinan negara masa hadapan adalah terletak ditangan generasi Mahasiswa pada hari ini.

Jika Mahasiswa yang dihasilkan hanya bersifat 'Ayam Daging' yang bersedia disembelih pada bila-bila masa, pasti negara juga akan bersedia dilapah pada masa akan datang.

Dalam aspek ini, penulis bersetuju dengan apa yang diungkapkan oleh Prof Diraja Ungku Aziz, Kepimpinan akan lahir daripada mahasiswa yang 'terpelajar' dan mencabar.

Secara tuntasnya, Mahasiswa merupakan orang yang intelek dan mempunyai 'critical thinking' dalam memikirkan keadaan dan isu semasa kini.

Dalam mendepani zaman, kita tidaklah seharusnya meninggalkan sejarah yang lalu di mamah usia.

Kita unggkap kembali peranan mahasiswa dan golongan belia dalam proses pendemokrasian negara luar, proses menuntut keadilan sejagat dan juga keadilan sosial.

Sememangnya penulis akui bahawa peranan mahasiswa amat penting bagi memacu negara kearah negara yang maju, moden dan berpendapatan tinggi.

Penulis ingin memetik kata-kata Professor Doktor Yusuf Qardhawi, sarjana pemikir tersohor mengenai belia, "Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan,lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur "بَلْدَةٌُطَيِّبَةٌوَرَبٌّ غَفُوْرٌ", tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yangakan berlaku."

Nota: Mohamad Safwandi Suaidi merupakan seorang penuntut di salah sebuah Institut Pendidikan Guru Malaysia dan sedang mengikuti program persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan - http://wandy-infinity.blogspot.com/

Sumber: http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kepimpinan/1082-dilema-golongan-mahasiswa-masa-kini.html

disediakan oleh:

Mimi Naterah

Friday, November 19, 2010

smile if you wanted to cry.

There was a boy who thought that he was bad in academics. He blamed himself of not getting good grades in class. He was pessimistic about everything that he did. One day, his mother asked him to study hard and try to get good grades, but he replied that he was stupid and idiot. Hearing upon what her son said, she threw herself to her son and hugged him tightly while whispering to him, “NOBODY IS BORN TO BE STUPID”.

Being a pessimist is a bad thing in achieving what you want. It limits your capability to go all out in doing your work. Although being a pessimist is a bad thing, the combinations of pessimistic and optimistic contribute to a wise decision that you will be making. Also, there is a song, which reminds me of a time when I am in depressed and that song is “FIKIRKAN BOLEH”. So, in conclusion, try to be an optimistic person.

“Life is simple; if you're happy everything would turn great, and if you're not happy keep on smiling because something great is coming”. (Zaid Nabil Johari)

Zaid Nabil Johari

Chemical Engineering 2012

Stevens Institute of Technology

Wednesday, November 17, 2010

Exam week for everybody.

Pada minggu ini, kebanyakan student di United States sedang menghadapi peperiksaan. Sebahagian daripada mereka terpaksa bertungkus lumus mentelaah subjek yang dipelajari, akan tetapi ramai diantara mereka yang tidak tahu cara terbaik untuk menghadapi peperiksaan. Disini terdapat beberapa tip untuk menghadapi peperiksaan:

Tips for the Day Before the Exam

1. Take the day off from studying.
Research has shown that anything you study right before an exam is more likely to hurt than help your performance. Why? Because the last-studied information is still floating around in your short term memory and actually interferes with recall of information that you studied days, weeks or even months before.

2. Plan something fun to do as a reward for all the effort you have put into getting ready.
Call friends to make plans for after the exam is over. Take in a good movie or shop at a favorite store. In short, do something appealing that you put off during the previous weeks of preparing and treat yourself to something special.

3. Watch your intake of caffeine.
Nothing drives up your anxiety level faster than not being able to fall asleep the night before an exam, so avoid beverages like coffee, tea, or colas unless they are decaffeinated.

4. Try to relax with physically tiring activities like swimming, jogging, or biking so that you will feel tired enough to sleep.
A warm shower or bath close to bedtime will also help relax you. Unless you know exactly how it will affect you the next day, avoid taking any sleeping medications because they may leave you feeling groggy.

5. Lay out everything you will need the night before so you won't have to stress out locating your lucky shirt or the test permit tomorrow morning.
If you plan to drive to the test center, make sure you have enough gasoline.

[source]

Kadang kala, kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, kita tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

[Source]

good luck to everybody, all the best!

Nadzreeq Nor Majid.

Friday, November 12, 2010

Coming Soon : Picture Competition 2010

The photo competition is back!

The theme for this year is :

CIVILIZATION AND FREEDOM

For this year, any technique to produce a picture (for example, photoshop, designing, photographing) can be used as long as it goes with the theme.

More information about this competition will be posted soon.

Tuesday, November 2, 2010

7 Golongan yang dinaungi Allah

Assalamualaikum wbt.

Pada post kali ini, saya ingin menyampaikan apa yang terlintas dalam fikiran dalam beberapa hari ini. Saya teringat di zaman sekolah itu, ustaz ada mengajar di dalam surau bahawa ada 7 golongan yang dinaungi Allah di akhirat kelak.

Dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda: “Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah), seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan shalat berjamaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, seseorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk bezina), tapi ia mengatakan: “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang diberikan sedekah kemudian merahasiakannya sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kanannya, dan seseorang yang berdzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya.” (HR Bukhari)



Jadi marilah kita bersama-sama menjadi salah satu dari 7 golongan yang dilindungi Arash di akhirat kelak. Bagi saya, kalau kita istiqamah membuat satu perkara yang dari 7 golongan itu, InsyaAllah kita boleh mendapat nikmat tersebut. Saya pasti pembaca sekalian mahu mendapat perlindungan kelak nanti.

Maaflah saya tak boleh hurai panjang2 tetapi saya akan cuba sekadar mana yang boleh.

Salam dari saya.

Mohd Shahrizal Mohd Yusoff